MY PRECIOUS FRIENDS

Thursday, May 7, 2009

My baby, Akalil Hamzah

Hi semua.... hari ni saya nak cerita pasal baby saya pulak. Saya sudah mempunyai seorang anak berusia 8 bulan... namanya Akalil Hamzah yang bermaksud mahkota kebijaksanaan... baby saya dilahirkan pada 12 Ogos 2008 pukul 3.37 pagi. Saya amat teruja dengan kelahiran si manja... Hidup saya berubah 100% apabila menjadi seorang ibu... pasti anda di luar sana yang pernah menjadi ibu juga mempunyai perasaan seperti saya.. gambar baru ada tapi kat desktop kat umah, nanti la saya update atau upload ek...


ni muka hamzah... meleleh leleh air liuqnya... umur dalam 3 bulan

umur 2 bulan... kat majlis potong jambul...

ni muka 2 bulan... baru bangun tido

suka kerut kening...


Perkembangan baby Hamzah yang saya catat:

(0-1 bulan) - asyik tidur saja, kuat minum susu, 
(1-2 bulan) - malam mesti berja 3 kali untuk minum susu, genggam jari mama kuat-kuat
(2-3 bulan) - senyum, cuba mengiring
(3-4 bulan) - nak meniarap dan balikkan badan
(4-5 bulan) - ketawa, minum susu tambah nestum, terliur bila tengok orang makan, dah merangkak
(5-6 bulan) - sudah makan bubur nasi, merangkak cepat dan cuba2 berdiri pegang dinding
(6-7 bulan) - boleh berdiri sendiri dengan cepat, gigi bawah tumbuh 2 batang, pandai duduk sendiri
(7-8 bulan) - dah bertatih jalan bila dipegang tangan, gigi atas tumbuh sebatang, suka biskut dan nasi lenyek, dah mandi air sejuk
(8-9 bulan) - pandai merajuk bila kena marah, pandai membebel (yayayayayaya), suka sangat berdiri sendiri, dah faham bahasa bila orang bercakap, dah ada 4 batang gigi, manja mngan papa dan mama dia

Baby saya ni lahir ceaser sebab masa lahir kepala baby besar sikit dan saya pulak bersalin induce, lagi pun kandungan gula tinggi sikit... saya masuk hospital 11 ogos, baby lahir 14, kuar dari spital plak 16 ogos... fuh.... lamanya kat wad... actually saya fobia skit dok wad ni, nanti saya ceritakan ok... 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...