MY PRECIOUS FRIENDS

Wednesday, June 5, 2013

DEMI MASA

Assalamualaikum...


Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... Fahamkah kita apa maksud surah Al Asr di atas? Tentu kita dah banyak kali terdengar ayat di atas... dari kecil sampai la sekarang ni... tapi apa yang kita buat...? Adakah kita mengambil iktibar dan tauladan disebalik makna ayat ayat Allah di atas?
Sekarang cuba kita tengok diri kita... adakah kita seorang yang suka membuang masa?

Cuba tengok checklist kat bawah ni:
1)Adakah anda suka main games di pc, laptop, tab ,hp?
2)Berapa lama masa di abiskan sehari untuk main games, contohnya games zombi, angry bird, jewel, candy crush dan tah apa entah lagi...
3)Setiap hari berapa kali kita buka blog, facebook, twitter, dll dari pagi sampai malam? 
4)Berapa jam kita tengok tv, dengar radio?
5)Berapa kali dan berapa lama masa kita berborak dengan member sehari (di opis, by call dll)
6)kalo kita ni suka tido siang, berapa lama masa kita tido?
7)Kalo kita g shopping komplex... berapa jam kita dok usha usha barang kat situ?
8)Kalo kita makan... berapa lama masa yang di ambil... "makan sambil borak tu"...
9)kalo tengah traffic jam berapa lama kita dok dalam kete sambil terpekik terlolong nyanyi ikut radio...?

Ok... Fikirkan jumlah masa yang kita ambil untuk buat semua semua benda kat atas tu... Emm rasa rasanya banyak tak masa yang kita dah sia siakan dalam 1 hari?
Aku lihat sekarang ni terlampau ramai yang suka buang masa, main games, berTEKNOLOGI sampai tak ingat Tuhan.... (Ini juga peringatan untuk diri aku)
Dan yang paling sedih kalo ada yang mendahulukan perkara di dunia ini dan melengahkan solat... hingga la ke ujung waktu..
Apa kata mulai sekarang kita jadikan masa kita berkualiti penuh dengan amalan amalan yang membawa ke syurga... Maksud aku... kita kurangkan... bukan hentikan ok... KURANGKAN main games, kurangkan berTENET lelama kt facebook, twitter, ect tu... Kalo kita buat sume sume tu kita TAMBAHKAN sambil berzikir... ingat Allah, berselawat ingat Nabi SAW... In syaa Allah amal kebajikan kita juga kan bertambah dan hidup kita tidakkan sia sia... Dan kalo tengah traffic jam atau tunggu lampu hijau... dok la berzikir... jangan lalai walaupun sesaat ingat kat Allah... Kalo kita selalu ingat kat Allah, Allah pun akan selalu ingat kat kita... Bagi orang perempuan... yang uzur (haid)... walaupun tengah tak leh solat... banyak kan istighfar, zikir as maul husna ke, tasbih, tahmid, dan selawat kepada nabi... sume sume tu membuatkan masa kita berlalu dengan tidak SIA SIA.... hati pun akan tenang dan hidup pun akan terasa NIKMATNYA...


Tuesday, June 4, 2013

Amar makruf nahi mungkar

Assalamualaikum....

kali ni aku terpanggil untuk menulis blog lagi yang dah begitu lama menyepi... in shaa Allah aku akan kuatkan semangat untuk berkongsi ilmu bersama teman teman di luar sana...

tapi kali ni mungkin penulisan aku akan lebih kepada berkongsi ilmu atau pun fakta fakta menarik...

Mengenai tajuk di atas... aku akan terangkan... sila terus membaca...

AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
MAKSUD amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan, manakala nahi mungkar pula mencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik. Oleh itu, perkataan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Dalam karya fiqh klasik, istilah amar makruf nahi mungkar, jihad dan dakwah sering kali digunakan untuk merujuk kepada maksud yang sama. Dalam al-Quran, perkataan amar makruf dan nahi mungkar digunakan sekurang-kurangnya lapan kali.

Semua merujuk kepada tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Firman Allah yang bermaksud:

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."

(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Amar Makruf



Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku. Hadis itu juga menunjukkan setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati. Berdasarkan hujah itu, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik, manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik.

Dakwah

Realiti masyarakat Islam sekarang, ada pelbagai sebab kenapa dakwah itu menjadi tuntutan ke atas setiap individu Muslim. Antaranya, memberi pendidikan terhadap akhlak dan moral; pendidikan akidah dan sebarang aspek penyelewengan; pendidikan aspek pemikiran barat dan cara menanganinya dan pendidikan pentingnya peranan ilmu dan perpaduan di kalangan umat Islam.

Dakwah juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan masyarakat dan semasa. Oleh kerana kita berdakwah dalam masyarakat maka pemahaman berkaitan masyarakat yang ingin diajak adalah perlu. Penyelidikan juga harus dilakukan untuk memahami budaya dan cara hidup mereka.

Berdasarkan beberapa pendapat ulama, golongan manusia berkewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ialah orang Islam. Selain itu, ada beberapa syarat tambahan iaitu seorang yang mukalaf, mempunyai akhlak baik supaya tugas dakwah dilaksanakan memberi impak positif.

Antaranya, mestilah mempunyai kemampuan dan pengetahuan (untuk membezakan antara perkara baik dan salah) dan wujud kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa.
(kredit to penerangan.gov)


Kesimpulannya... kita sebagai Muslim iaitu umat Islam berkewajipan untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar... tak kira kita ni suami, isteri, cikgu, ketua kampung, mahasiswa, pekerja awam, dan sesiapa saja, asalkan kita ni orang Islam, lihat sekeliling... mainkan peranan kita sebagai orang Muslim... Jangan takut untuk memperbetulkan kesilapan dan dosa dosa disekeliling kita... Lakukan kerana Allah... Biarlah kita dibenci manusia asalkan mendapat redhaNya... In syaa Allah hidup kita akan mendapat ganjaranNya di akhirat kelak....


Bak kata pepatah; Biar orang tak suka, asalkan Allah redha. 

“dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta dengan orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut:69)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...