MY PRECIOUS FRIENDS

Friday, July 16, 2010

15 Julai~harga gula dan petrol naik lagi!!!!

Salam sume... aku tau info ni malam tadi... wah memang tergezut jugak sebabnya asyik naik jer harga minyak dan gula... RON 95 naik 5 sen dan RON 97 tak diberikan subsidi. RON 97 ni naik 5 sen dan harganya akan diselaraskan seterusnya. Harga gula naik 25 sen iaitu jadik RM1.90 dari RM1.65. manakala gas LPG naik 10 sen sekilogram....

Berikut adalah harga baru:
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Lepas ni kenalah berjimat cermat, rancang perbelanjaan dan perjalanan... Kurangkan gula dalam minuman dan makanan untuk kesihatan disamping dapat berjimat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...