Blog ini nukilan Oya @ Suraya @ MamaHamzah @ wife Mr Amir... "It's about something good to share with and something to tell to..."
MY PRECIOUS FRIENDS
Friday, June 26, 2009
server down down down.... story about me
Malam ni aku balik kampong... Felcra Bandar Baru Seberang Perak... ada sape2 dok sini... atau tau tempat ni... Asal aku orang Teluk Intan, darjah 3 mak dan ayah aku dapat tanah rancangan kat sana.... so pindah le... Masuk tahun 2009 ni dah 19 tahun la kitaorang dok sana...
Tapi aku dok sana dari darjah 3 ke 6 jer, tingkatan 1 aku gi sekolah asrama RK di Convent Teluk Intan... Then tingkatan 4 hingga 5 aku dok sekolah MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang... Aku dapat masuk UTM Skudai amik Civil Engineering, then kena tendang (sape suruh belajar main2) then aku lepak kat Phucung keje Mc Donald IOI Mall kejap...
Tahun 2000 aku sambung belajar Diploma Kejuruteraan Elektrikal kat UiTM Shah Alam... Then sambung lak degree Environmental Technology kat situ gak.... Aku praktikal kat MBMB Melaka. Pas abis belajar, aku kawin dan dok Muar... hingga lah sekarang... dah dekat 2 tahun aku dok kat Muar ni... aku kawen 1 September 2007 (nikah 31 Ogos 2007). Dapat baby 14 Ogos 2008.
Ha... ini la sedikit sebanyak tentang aku... ada sapa2 yang macam kenal, pernah kenal aku.... sila la contact aku...
Tuesday, June 23, 2009
OkiNoKiyo GivEaway!!
besides that i'm the 3rd person give the comment on the website... means the first among other...Hahahah... i also make a promotion about the website and the giveaeway... HURRY UP JOIN THIS GIVEAWAY, OR YOU"LL MISS IT.... just click http://www.okinokiyo.com/2009/06/sticky-post-giveaway-time.html to know more information..
it's simple but knowledgable... more information about bisnez and craft can we get from the website...
the information is serious topic.. so who want to know the fact can explore the web... happy exploring!!!
Last but not least... thank to mr or ms OKINOKIYO... for this giveaway...
i want win.. i want win... all the best to me and to those who eager to participate....
Monday, June 22, 2009
Sweetcorner giveaway....
My first blog giveaway by MyChocolateMuffins
very easy one... Just make an entry about this giveaway the leave her comment.
hopefully i can win this giveaway...
Those who eager to participate please click HERE. If you win, you will get:
1 small bag
1 big flower hair ties
1 flower brooch
A pair of hair clips
Sorry, because entry is all about contest and giveaway...
Friday, June 19, 2009
Mari mari sertai Tote Boutique Giveaway!!!!!
Lihat beg comel ni... kegunaannya adalah untuk isi telekung.... yelah kalo sesapa yang keje tu mestilah ada beg telekung kat opis kan atau bawak gi mana-mana kalo gi jalan-jalan....
Warna hijau yang sungguh menenangkan....
ha...boleh isi telekung, bedak, pembersih muka, losyen dll
Tengok ada 4 poket comel... pandai tul kak As ni buat beg... hand made ni tau!!!
Thursday, June 18, 2009
MOBS & Alicewonders Giveaway-win a bag of your choice!!!
Tahniah kepada bakal guru....
apapun aku ucapkan "Syabash beta...." (version hindustan). jadilah cikgu yang bijaksana...
Ini Dayah kecik...
Zaidah Kamis
ini Rohani Aurora...
Juga Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang berjaya jadik cikgu dan cikgi...All da best!!
adik iparku masuk wad...
Si Betty ni memilih bila nak makan... suka junk food... Tu la pasal dia kena anemia... tapi sekarang si Betty ni dah ok dah... dah stabil... tapi masih dok kat wad lagi... maybe sok lusa baru kuar wad... sian mak dan pak mentua aku, kena bermalam kat wad temankan si Betty...
Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkanhipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkat anemia yang berbeza-beza menimbulkan berbagai-bagai akibat klinikal.
Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
- kehilangan darah yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes perdarahan, atau kronik melalui kehilangan darah isi padu rendah);
- pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
- pengeluaran sel darah merah yang kurang (hematopoisesis yang tidak berkesan).
Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi sel darah merah, mekanisme etiologi, dan spekrum klinikal nampak, antara lain.
Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah, serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati (min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal membenarkan seseorang klinisian untuk mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih cepat.
Simtom dan tanda:
Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilapurkan. Sesak nafasdilapurkan dalam kes teruk. Aneamia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada palpitasi dan berpeluh; proses ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung di kalangan orang berumur.
Kulit dan selapus hingus mukosal yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi aneamia berat, dengan itu bukanlah merupakan tanda yang pasti.
Diagnosis:
Satu-satu cara mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah, yakni satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
Kekadangnya, ujian lain diperlu untuk membezakan lagi sebab-sebab anemia. Ini dibincangkan bersama dengan diagnosis pembezaan (bawah). Doktor mungkin juga memutuskan membuat ujian darah penyaringan yang lain untuk menentukan sebab keletihan, tahap-tahapglukosa, kadar pemendapan eritrosit, feritin, ujian fungsi renal serta elektrolit mungkin menjadi sebahagian daripada kajian diagnosis intensif.
Sunday, June 14, 2009
Contest Aksi Menarik Ketika Anak Tido
nama baby: Akalil Hamzah Bin amiruddin
2. Buat entry khas ngan tajuk contest aksi menarik& upload gmbr anak anda. Sertakn perkara2 berikut:
Nama penuh anak
Umur anak (mengikut katogeri)
PERINGATAN : Pastikan hanya satu gambar sahaja tuk satu penyertaan,jika anda mempunyai anak lebih dari seorang boleh letak lebih maknanya kalau anak 2 org jadi 2 gambar dan seterus...dan bole juga dlm 1 gmbr ngan 2 anak skaligus..)
3.Dalam entry itu pastikan anda gitau dan link ke Mama_Uzma
Bila dah siap, tinggalkan komen dalam blog mama Uzma....
Saturday, June 13, 2009
Daddy's Dearest Contest
ha.. kat bawah ni adalah banner untuk contest yang mesti di paste kan kat entry...
Di sebabkan penganjur nakkan gambar baby dan papa dia yang unik... maka aku ada beberapa picture yang nak dishare... Manalah tau ada luck pada Hamzah... Tak pasal pasal boleh menang... hehehehe...Aku letak beberapa keping gambar untuk tatapan umum dan penilaian juri...
Papa dukung baby
Papa jaga baby
Papa bacakan baby Al Quran masa dalam hari
Baby tertidur dalam dakapan papa
papa layan kerenah baby masa kat food court Tesco Melaka
Papa selalu teman baby main kat taman permainan
Baby hamzah sungguh seronok main air ngan papanya
papa dan baby memang kamceng ( ni masa gi piknik kat air panas gunung ledang)
Papa sanggup buat apa saja untuk gembirakan dan layan kehendak baby walaupun papa penat
Dalam 9 gambar yang aku paparkan tu semuanya aku rasa ianya unik, gambar pertama hingga ke 4 ialah saat di mana aku amat perlukan seseorang untuk bantu aku tidurkan Hamzah, jaga dia dan hiburkan baby aku... Masa tu aku dalam pantang, hanya my husband la orang yang paling selalu angkat Hamzah bila dia nangis dan jaga dia. Aku ceaser so tak berapa nak larat time tu... my husband is so caring and loving dad.. he is also very good husband to me.
gambar ke 5 hingga ke 9 adalah saat dimana Hamzah sudah jdi big boy la... Hamzah sungguh lasak, papa la orang yang selalu kena dukung dan layan hamzah bila nak main... Mama kalo nak dukung kejap-kejap jer boleh, tangan lenguh sebab baby dah berat sikit... huhuhuhu... Hamzah ngan papa memang kamceng, papa suka layan kerenah baby, baby lak memang manja dengan papanya.... Anak ayah la katakan...
Kepada rakan yang berminat untuk sertai contest ni sila Klik entry di bawah:
blog penganjur - http://thesnowwybear.blogspot.com/
The contest - http://thesnowwybear.blogspot.com/2009/06/daddys-dearest-contest.html
Jangan lupa tinggalkan comment kat blog isabelle tu dan jadik pengikutnya...
Good luck and have a nice day...
Thursday, June 11, 2009
ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST
Gambar ni di ambil di taman permainan Tanjung Emas Muar... waktu ni kitaorang saja jalan-jalan bawak hamzah amik angin kat taman permainan. Umur dia masa ni baru 9 bulan tengah sibuk nak berjalan. Bak kata orang baru dapat kaki...
Papa dia namanya Amiruddin bin Samsudin... seorang yang penyabar dan penyayang...
MOMENT TERINDAH HAMZAH BERSAMA PAPA
Moment terindah Hamzah bersama papa dia adalah setiap kali bermain bersama... papa adalah orang yang selalu dukung atau gendong Hamzah tiap kali kitaorang gi jalan-jalan... papa jugak selalu tidurkan baby... sweet sangat bila tengok papa tertidur sekali dengan baby masa tepuk-tepuk bontot hamzah (hamzah tak pakai buai bila tidur malam..) dan moment yang paling best rasanya ialah bila saat papa azankan Hamzah kat hospital... Yelah anak yang pertama dan papa first time ada baby sendiri... darah daging sendiri... Saya rasa orang lain pun begitu jugak kan... rasa excited dan syukur sangat bila Akalil Hamzah selamat dilahirkan... Saat yang dinanti telah tiba dan buatkan kami bahagia...
Ok la bagi sesiapa yang minat nak sertai contest ni sila KLIK SINI
Contest ni start 4 hingga 30 june ni... Jangan lepaskan peluang ye kawan-kawan!!!
Good luck to all of you... C ya...
MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest
Salam sejahtera semua....hari ni aku nak masukkan baby Hamzah dalam contest dari MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest... sajer je nak cuba...
aku tau sume orang yang masuk contest ni hebat-hebat dan comel-comel belaka... tapi mana la tau kalo ada rezeki boleh menang...
AKALIL HAMZAH -MAHKOTA KEBIJAKSANAAN
DOB: 14 OGOS 2008
Kenapa Hamzah patut menang?
Baby Hamzah ni mukanya memang cute... kalo orang tengok sekali imbas, sume kata baby girl... tapi sebenarnya dia baby boy... mama Hamzah memang suka pakaikan Hamzah baju yang ada warna merah sebab dia akan nampak lebih cute dan ceria...
Hamzah tak suka nangis dan tak banyak ragam... mudah mesra dengan orang lain...
dia gak murah senyuman...
kepada sesiapa yang berminat nak masuk contest ni silalah layari http://www.mombloggersplanet.com
Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.
Get a photo of your baby in RED (red dress/red shirt/red pant/red hat/red towel/red blanket… or ape-ape jer yang ada kaler merah...
Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest
Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth.
Explain why your baby should grab the title “Cutest Baby in Red“
Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.
Leave a comment here with link to your blog post. That’s it! Easy peasy.
Here are the links that must be included in your blog entry.
MomBloggersPlanet : http://www.mombloggersplanet.com/825/cutest-baby-photo-contest-june-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com
Terima kasih diucapkan kepada para pensponsor Photobook malaysia dan Alicewonders.
Selamat mencuba dan good luck to you all...
Wednesday, June 3, 2009
Mari join baby contest... hihk!hik!hik!
aku nak buat pengumuman... semangat ni... sikit lagi aku nak masukkan hamzah baby contest... sape sape yang minat boleh layari website kat bawah... ada la beberapa contest aku nak masuk...
cuba je, mana tau rezeki hamzah... plus isi masa...
My baby-AKALIL HAMZAH-MAHKOTA KEBIJAKSANAAN
suka baca book
antara yang aku minat nak masuk ialah:
1)momBloggersplanet cutest baby in red contest
2)daddy dearest contest-thesnowybear.blogspot.com
3)zara shoppe father day contest
contest lain aku dah miss la... sebab busy sangat...
nantikan kemunculan entry tentang contest2 ni ek...
Tengok gambar kawen
wah wah wah... cun giler dia berposing dan melaramkan baju pengantin dia... aku puji dan salute betul kat kameraman dia aka photographer dan stail designer dia... muka kawan aku ni hitam manis,lepas solek, terus jadik natural beauty... pastu photogenic lak tu... gambar dia semua menjadi... masa aku kawen dulu, tak de wat camni... rasa rugi pun ada... huhuhuh... tapi nanti kalo ada rezeki aku nak amik gambar family guna khidmat photographer plak.... hehheee..berangan...Jom layan gambar kat bawah...
moralnya di sini...
aku nasihatkan kepada sesapa yang nak kawen... amik la photographer yang bagus means kerjanya berkualiti... nanti puas ati, ada la kenangan yang membawa sejuta nostalgia untuk dikenang, aku dulu ingat tak kisah sangat pasal bendalah ni, lagipun masa tu buget kecik jer... aku lum keje, husband lak baru mula keje...
apapun aku syukur sumenya berjalan lancar walaupun takde photographer yang mantap... yang pentingnya aku bahagia bersama si dia, semoga perkahwinan kami membawa sejuta bahagia dan keberkatan... amin...