MY PRECIOUS FRIENDS

Sunday, June 14, 2009

Contest Aksi Menarik Ketika Anak Tido

Salam sejahtera semua... hari ni aku nak wat entry pasal contest yang ke 4 plak... Contest ni dianjurkan oleh mama uzma. apa lagi aku terus jer berminat nak masukkan hamzah dalam contest ni...
Kali ni aku pertaruhkan gambar Hamzah seperti di bawah... sila lihat.


nama baby: Akalil Hamzah Bin amiruddin
Umur: 10 bulan (kategori 1)
DOB: 14 ogos 2008
Slogan: "Huhuhu sodapnyo dapek tido...."

Gambar ni aku amik semalam... aku cuti jadi satu hari menjaga dia... so cadangnya nak mengemas umah... sebab ada lagi beberapa kotak baju dan plastik yang belum di kemas sepanjang aku dok umah baru ni... bukannya apa, umah aku tu perabot tak berapa lengkap lagi, aku tak tau nak letak mana barang-barang tu sume...

Nak dijadikan cerita, satu hari la aku melayan si Hamzah ni, mula mula macam nak tido, bila dimasukkan dalam buaian, dia bangun plak, bila kita buat kerja, dia sibuk sekali nak main pinggan mangkuk aku... kalo yang plastik atau besi tu takpe la, ni nak amik gelas gelas kaca lak... dah penat sepahkan umah, aku lak terlambat sikit tidokan dia... yelah tengah sibuk kat dapur.. apalagi mengamuk la si kecik aku ni... lepas mandikan dan tukar pakaian dia, buat susu pastu terus je dia menangis dan jerit....peh kuat betul si Hamzah ni menjerit... ngantuk sangat la si Hamzah tu... aku terus je bagi susu dan tepuk tepuk montot dia... sian anak mama ni.... shium sikit...muah! sekejap je dah terlelap....

Tapi dia ni kalo ngantuk memang layan abis tidonya... tengok la tangannya ada gaya tak dia tido... muka lak monyok jer... penat sangat main tadi.. snoopy memang jadi peneman Hamzah tido... selalunya snoopy tu jadi bantal peluk, ni dah ngantuk sangat, gitu la gaya tidonya... Akalil-akalil.... (nama depan Hamzah)

ok la kepada yang berminat nak sertai, sila baca info di bawah:
Contest ni bermula pd 8 June-28 June 2009
Contest ni akan di tutup pukul 8pm on 28 June 2009
keputusan akan diumumkn pd 6 Julai 2009ada dua katogeri ye.....1. umur anak dari 2 bulan hingga1 tahun2. umur anak dari 1 tahun ke 3 tahunJADI MARI2 SEMUA MEMERIAHKAN CONTEST INISyarat2nya adalah seperti berikut:

1. Add blog MamA_Uzma di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Mama_Uzma serta upload banner CONTEST AKSI MENARIK
di blog anda! seperti di bawah..

2. Buat entry khas ngan tajuk contest aksi menarik& upload gmbr anak anda. Sertakn perkara2 berikut:
Nama penuh anak
Umur anak (mengikut katogeri)
ceritakan kenapa gambar itu dipilih
dan slogannya skali

PERINGATAN : Pastikan hanya satu gambar sahaja tuk satu penyertaan,jika anda mempunyai anak lebih dari seorang boleh letak lebih maknanya kalau anak 2 org jadi 2 gambar dan seterus...dan bole juga dlm 1 gmbr ngan 2 anak skaligus..)

3.Dalam entry itu pastikan anda gitau dan link ke Mama_Uzma

Bila dah siap, tinggalkan komen dalam blog mama Uzma....

Dan jangan lupa tinggalkan jejak kasih anda di blog saya yang tak seberapa ni... adios...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...