MY PRECIOUS FRIENDS

Thursday, May 28, 2009

Baca dan I follow.....

Hari ni aku penuhkan masa dengan membaca blog2 pemblogger... aku nak carik ramai kawan di alam maya ni... banyak jugak blog yang dapat aku layan.. so mana yang interesting tu aku join jadik follower.... huhuhu... blog aku masih belum ada follower, sian kat aku.... 
takpe-takpe tabahkan hati... nanti-nanti ramai la tu... aku akan terus berusaha untuk mencantikkan dan mentouch up blog aku ni dengan info2 dan citer yang best.... 
kalo saper2 terbaca blog aku ni... sudi2 la kasi komen atau jadik member aku... you're welcome...
kepada  kawan-kawan yang baca blog saya ni...

 thank u so much...

Wednesday, May 27, 2009

Gift from god to us...

God's gift to us.

This is very interesting.

A friend sent this to me. It's been said that God first separated the salt water from the fresh, made dry land, planted a garden, made animals and fish..... all before making a human. He made and provided what we'd need before we were born. These are best & more powerful when eaten raw. We're such slow learners...

God left us great clues as to what foods help what part of our body!
God's Pharmacy! Amazing!


A sliced Carrot looks like the human eye. The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye... and YES, science now shows carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.

A Tomato has four chambers and is red. The heart has four chambers and is red. All o f the research shows tomatoes are loaded with lycopine and are indeed pure heart and blood food.

Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows grapes are also profound heart and blood vitalizing food.


A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds on the nut are just like the neo-cortex. We now know walnuts help develop more than three (3) dozen neuron-transmitters for brain function.

Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys...

Celery, Bok Choy, Rhubarb and many more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet, the body pulls it from the bones, thus making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.

Avocadoes, Eggplant and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats one avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight, and prevents cervical cancers. And how profound is this? It takes exactly nine (9) months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemical constituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).


Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the mobility of male sperm and increase the numbers of Sperm as well to overcome male sterility.


Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.


Olives assist the health and function of the ovari.


Oranges, Grapefruits, and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

Onions look like the body's cells. Today's research shows onions h elp clear waste materials from all of the body cells. They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes. A working companion, Garlic, also helps eliminate waste materials and dangerous free radicals from the body.

so, start eat these stuff for our health...

Tuesday, May 26, 2009

betul ke?

Betul ke kalo masa kita bercintan-cintun, kita tak boleh bagi baju atau pakaian or kain pasang pada pasangan kita???  kalo bagi jugak, nanti jodoh tak panjang... betul ka.... ada sape-saper nak kasi pendapat... sila lah ek... hari ni aku ada la buat survey sikit pasal benda ni...

Aku dapat topik ni pun tadi, masa aku kuar g pantau harga barang (kerja) kat the store, aku g la ronda-ronda sat, tengok ada baju muarh tak... then dapat la carik baju untuk husband aku 2 pasang, baju basahan kata orang wat g kerja nanti... sian darling aku dah lama tak beli baju baru... hehehehhe.. (saja nak buat husband aku hepi, bila dia balik keJe nanti, :)). then aku suruh la ada member aku beli baju untuk boyfriend dia, tapi dia kata, ("ada orang cakap kalo bagi baju masa bercinta nanti jodoh tak panjang...") Then aku terfikir di manakah kebenaran fakta itu... hehehhe skema pulak ayatnya...

So aku rasa topik ni menarik untuk dibincangkan, memandangkan orang kita (melayu) ni terlampau banyak pantang larangnya, tapi tak pasti di mana relevan dan kesahihannya... so aku tanya la pendapat beberapa orang-orang tua kat ofis aku ni, di bawah adalah pendapat mereka-mereka yang aku interbiu...

En Aman, driver kpdnhep muar
dia kata sume-sume tu tak de mende, ada orang yang sengaja ada-adakan cerita jer, bagi dia kalo ada jodoh tak ke mana, bukan pasal bagi baju yang putuskan hubungan... banyak faktor lain

kak Zam, kakak yang tetap cun walaupun dan berusia
dia lak kata kalo bagi baju yang dah dipakai, tak elok, takut kena buatan orang, (eh macam dah lari topik lak kan)

kak Shidah, bendahari 
dia kata betul, sebab dia sendiri dah kena, dulu mase dia bercouple, 2 kali putus sebab boifren dia kasi kain pasang.... dia cakap kalo bagi baju takpe, jangan bagi kain pasang... 

(Pekerja Am opis) Wak Misdy kata pulak
ah...tu karut marut jer...(slang jawa ek)....

k la aku cuma dapat interbiu orang-orang kat opis aku je la... heheheh... kalo korang ada apa-apa komen atau info tambahan silakan la ek...

tapi bagi pendapat aku, hal jodoh ni ditentukan Allah... bukan pasal baju ke ape ke... kalo nak putus, putus jugak, kalo ada jodoh bagi apa ke, tak bagi apa ke still berjodoh... betul kan... upin dan ipin cakap... betul. betul.betul...

k la aku nak salin baju nak pi aerobik ni... babai...



i'm on diet...


Aku nak bagitau kat orang-orang kampungku sekalian bahawasanya... aku berazam nak turunkan berat badan aku... dulu before kawen aku 51kg jer... lepas je bersalin aku jadik 64 kg da.. haaa gumuk tak aku... tapi kalo sekali imbas korang tengok aku tak la gumuk sangat, cuma kat peyut ada spare taya sket, peha and montot pun kena kecikkan sket... barulah cun... heheheh..
sekarang aku masuk kelas aerobik... kelas Health, fitness & beauty centre kat jalan Khalidi Muar... ada sape-sape tau tak tempat ni... orang muor mesti tau punye ek..

Aku baru ikut kelas ni 5 mei ari tu, sama ngan tarikh aku wat blog ni... hehhehheh... baru je la lagi berjinak-jinak ngan bendalah ni sume.. dan untuk menjayakan misi menguruskan badan ni aku sedang berdiet... pagi aku makan macam raja, tengahari makan macam orang biasa, dan malam aku makan cam orang miskin... ayat ni disebut oleh kak suhailah iaitu pengasas kelas aerobik aku...  selalunya pagi aku makan berat sikit contohnya, nasi lemak lauk ayam, tengahari aku tak rajin kuar makan.... malam aku makan sayur je...
balik umah aku still masak untuk husband aku, tapi sayur aku masak lebih sikit sebab aku nak ratah... hehehhee... baby aku pun yang 9 bulan aku suap la nasik lenyek plus sayur...  dia pun seleranya ikut cam mama dia.. suke benor makan sayur...

ni tengahari ni aku makan koci, air soya dan sotong kering je... buat kudap-kudap time rehat... hehehe... nak upload gambar tapi kamera lupa nak bawak... huhuhu... nak guna hp tapi battery lak kong... charger lak tak bawak... haru-haru....

k la kawan-kawan.. doakan aku sihat dan kurus serta cun balik cam dulu.... hihihihiuhi...

Monday, May 25, 2009

semalam besday aku...

semalam 24 mei 2009 adalah hari jadik aku yang ke 28... dah tua dah aku ni, tapi tak la tue sangat, masih muda gak... hehhehehe perasan... aku tak sambut pun.. dah tue-tue ni besday tak rasa ape2 pun, cumanya bagi aku ia satu tarikh di masa lampau aku dilahirkan... macam mana la keadaan aku, mak aku dan family aku masa tu ekk... terkenang kat mak kejap... balik keje ni aku nak kol mak kat kampung.... semalam maxis bagi aku panggilan percuma sempena besday aku tu... apa lagi hampir 1 jam lebih gak aku gunakan peluang tu tepon member-member lama, aku tepon jamaiah membe sekolah rendah dulu, dia dah ada anak sorang baru 8 bulan, aku tepon member masa kat itm dulu budak environment, dapatla cakap dengan sabrina, aisyah, apez, dan habsah. roomate aku kat kolej melati dulu si hajar, dan last sekali aku tepon azura member masa diploma letrik, dia pun baru dapat baby girl 3 bulan...  si aisyah dan sabrina pregnant 3 dan 4 bulan...
best jugak tepon member lama ni... free lak tu.. yang lain aku tak dapat nak kol sebab:
1) saper suruh tak pakai maxis
2)korang dah tuko nombor, dah tu tak kasi tau aku
3)aku ngantuk dan dah sakit tekak nak berborak... hehehe. modal pun dah abis...
yang bestnya ramai gak aku dapat tepon, 7 orang, ok la tu...

pagi-pagi lagi mak dan pak mentua datang antar hadiah besday kat aku... nanti aku letak pic ek... tak sempat amik... huhuhu busy.. diaorang nak buat besday party utk aku tapi tak dapat nak wat sebab ada kenduri kat Johor baru da... aku pun sibuk sekarang ni, sket lagi nak pindah umah baru... yeye...
cuma aku berazam..:
1)nak jadik seorang isteri yang perfect di mata suami dan isteri yang solehah
2)bu yang penyabar, superb mummy dan didik anak aku sesempurnanya...
3)aku nak carik balik semua member-member lama, nak sambung silaturrahim yang dah sejuk
4)aku nak wat balik hobi dan faberet aku masa muda-muda dulu, contohnya g melancong, panjat gunung dan bla bla bla... hihihihihih...

k la lupa lak nak cakap, aku nak lebih berjaya dalam hidupku... nak kompol duhit banyak banyak nak g aji dan nak gi obe c... insyaallah.... amin

eh nak tambah sket, aku nak jdik rajin mengupdate blog ni, nanti kalo dah terrer aku nak buat bisnez dalam blog lain... insyaallah.... moga jadi la... amin...
k la sekian dari aku yang yang berumur 28 tahun 1 hari ni....

Technorati Profile

Friday, May 22, 2009

Penyiksaan Kucing (BONSAI KITTEN)

Hari ni aku terbaca mengenai Bonsai kitten dalam satu "WEBSite"... Pergh... sedih sungguh aku tengok binatang kesayangan aku deperlakukan sebegitu... apakah salah diaorang... Kucing-kucing comel  atau tak comel adalah makhluk Allah... Siapalah yang berhak untuk menyiksa makhluk comel dan disayangi ini.... Tengok gambar kat bawah ni... Kucing-kucing telah di jadikan bahan seni (art).... Tak sesuai langsung... ada ke patut nak bela kucing dalam botol kaca macam pokok bonsai takpelah... itu pokok ni binatang... zalim sungguh...


tersiksanya kucing ni

sedey sungguh muke dia...

aku rasa kucing ni dah mati. huhuhu aku yang nak nangis...

Aku rasa topic ni dah lama dah sejak 2 tahun lepas... tapi tak pasti sama ada kegiatan kejam ni masih berterusan atau tak... 

Untuk pengetahuan sume, kucing ni di masukkan dalam botol sejak dari kitten lagi, pastu diberi makan dengan sejenis bahan kimia (macam sejenis dadah) yang boleh lembutkan (cairkan) tulang-tulang diaorang agar nanti dapat ikut bentuk botol tu dengan menggunakan tiup ataupun straw.... huhuhuhu kejam nya.... macam tak sanggup je aku nak cerita lebih lanjut...
then diaorang(si kejam) kata botol tu ditebuk lubang nak bagi kucing bernafas... terdapat tiup yang dimasukkan kedalam salur najis kucing bagi proses buang air kecil dan besar... aduh sadisnya ....

Kucing-kucing ni disimpan sampai la ia menghembuskan napas terakhirnya (mati).... pastu aku tak tau sama ada kucing tu terus disimpan atau tak... ye la kalo kucing tu dah mati... tak berulat ke bangkai kucing tu.... atau ia terus jadik awet... ni aku kurang pasti sket... 

Tapi kawan aku cakap, kucing ni akan dibiarkan dalam botol sampai besar dan mengikut bentuk botol tu.... maknanya kalo dah jadi bentuk tu dan masih idup, maka kucing tu akan dikeluarkan dari botol tu dengan bentuk barunya... contohnya kalo botol tu 4 segi nanti kuarla kucing alien 4 segi...

tapi aku gi siasat lagi... aku gi baca kat wikipedia pasal bonsai kitten ni... dapat la info yang mengatakan isu ni saja dicipta oleh MIT graduate studen kat Jepun sebagai parody pokok bonsai la konon... sampai la timbulnya kontroversi ni... then aku carik lagi info pasal bendalah ni... aku jumpa web ni... namanya snop.comdia kata benda kucing bonsai ni TIDAK BENAR dan TIDAK WUJUD malah saje je digembar-gemburkan... motif sebenar aku tak tau...katanya untuk JOKE.. kelakar ker, aku tak rasa kelaka pun... huhuhuhhu...
Gambar yang di tunjukkan katanya bukan ganbar real.... balang tu banyak yang plastik dan boleh fitkan kucing tu jap kat dalam tu... elastik bottle la konon... lagi satu balang tu maybe balang ataupun bekas yang besar dan muat untuk kucing tu masuk... 
hai diaorang ni macam tak dak kerja lain jer kan...

Lega sikit aku dengar benda ni tak REAL... Tapi kepada insan di luar sana jangan la seksa apa-apa binatang pun... apatah lagi si Comel meoww... syangilah kucing!!!  Cerita pasal kucing ni aku baru dapat anak kucing baru, comel... nanti aku citer pasal kucing-kucing aku... nama kucing baru ni MEEKO... 
K la nak cau cincau...  buat peminat kucing... kasilah kucing makan untuk negara... apa punya motto la... dan sayangilah kucing-kucing anda... jangan lupa masukkan kucing anda dalam pertandingan Belai si comel bersama Friskies... meoww.. tapi jangan masuk botol tau... don't try at home... hikhikhik..


Gossip pasal Paris Hilton

Aku ni bukan peminat Paris Hilton tapi juga bukan pembencinya.... Cuma kadang-kadang aku banyak terbaca cerita mengenai dia... well kat bawah ni ada sedikit info pasal paris Hilton...saja-saja bergossip pagi-pagi ni... huhuhu.. Cerita dia kadang-kadang pelik tapi unik ... agaknya la.. hahaha..

Walaupun dirinya dilahirkan dalam suasana keluarga yang berada, Paris sendiri menyatakan bahawa dirinya tidak betah duduk diam di rumah tanpa membuat apa-apa pekerjaan. Sekurang-kurangnya duit yang dia perolehi itu boleh menampung hobinya yang suka berbelanja. Pada tahun 2003-2004 dia memperolehi pendapatan sebanyak USD$2 juta, USD$6.5 juta pada tahun 2004 dan USD$7 juta pada tahun berikutnya atas usahanya dalam bidang peragaan, berlakon filem, menyanyi dan bermacam-macam lagi. 

Walaupun Paris terkenal dengan sikap ‘playgirl’, boros, mengada, gedik dan bermacam-macam perangai yang menyusahkan, kebanyakan lelaki jika ditanya amat mendambakan teman wanita seperti Paris Hilton. Tak percaya? Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah laman web dan 60 peratus pengunjung lelaki yang melawati laman web itu memasukkan nama Paris Hilton sebagai ‘future girlfriend’ mereka. Emm...menakjubkan dan rata-ratanya berkata walaupun Parisberperangai begitu tetapi wajah manisnya boleh membuatkan mereka tidak dapat tidur malam!

Dipetik dari Media Hiburan

 Untuk makluman lebih lanjut cerita latar belakang paris hilton bolehlah "KLIK DI SINI"

 Lagi cerita pasal paris Hilton boleh dibaca "DI SINI"

Jom layan gambar Paris Hilton.... comey gak muke dia ek…












Wednesday, May 20, 2009

AKU atau SAYA

Selamat Sejahtera semua...

hari ni aku nak wat satu pengumuman... hahahah... mulai hari ni aku nak tulis blog guna perkataan aku untuk gantikan saya... amacam lagi ok kan rasanya... sebernarnya dulu aku konfius sikit nak guna aku tau saya bila menulis... tapi tiap kali aku tulis, secara jujurnya aku senang nak ber'aku-aku' dari ber'saya-saya'... ianya terasa lebih praktikal dan ringkas... well bila aku sebut aku-aku.... aku jadi lagi jujur dan banyak idea datang nak tulis.... tapi bila aku tulis guna saya-saya... saya terus blur... hahahhaha kelakar je rasanya... benda camni pun boleh effect idea kita ek... 
c ya aku-aku... 

Tuesday, May 12, 2009

Pandu, signal dan hon


Hai kawan-kawan sume....

Hari  ni saya ada sikit topik nak cerite dan bincangkan.... ianya berkenaan pemanduan di jalan raya... Seperti yang kita tau, sekarang ni, kat jalan-jalan tak kira la kat area mana, dah banyak kenderaan terutamanya kereta. Kalau zaman-zaman tahun 80-an atau 90-an, kenderaan yang ada boleh dibilang dengan jari... Disebabkan pertambahan kenderaan-kenderaan ni la jalan bertambah sesak dan kemalangan mudah berlaku..


Disebabkan saya ni pun sorang pemandu jugak, so mari kita sama-sama kongsi pengalaman memandu. Korang pernah tak memandu di lorong dua lane, tapi yang lane kanan tu ada kenderaan yang bawak slow macam siput... kita nak potong pun susah sebab dia block jalan... saya memang pantang sikit kalo ada orang yang buat camtu, nape la nak susahkan pemandu lain... kalau yea pun pemandu berhemah (jalan slow tak semestinya berhemah), jangan lah sampai buat pemandu-pemandu lain naik darah, fikir-fikirkan jugak hak orang lain, jangan la pentingkan diri sangat... kadang-kadang tu sebab nak elak lalu kat jalan tak berapa elok yang kat sebelah lane kiri tu, diaorang ni saja dok kanan je... dah tu bawak mak ai slow giler... Ada lagi satu tabiat, pada pemandu yang merokok atau bergayut kat talipon masa drive... dah la bawak slow, tak reti-reti nak bagi jalan kat pemandu belakang... Menyusahkan betul... dah tu kadang-kadang jalan pun dah tak berapa betul, asyik main brek je... hangin satu badan dibuatnya... kalo yea pun nak bergayut atau merokok renti la kejap kat mana-mana....  membahayakan kesihatan orang lain jer... kang tak pasal-pasal orang lain yang accident disebabkabn sikap kita yang acuh tak acuh tu... Lagi satu, saya nak nasihatkan la... (walaupun siapa la saya untuk nasihatkan anda semua) kepada perokok-perokok, kalau nak isap rokok dalam kereta tu pastikan anda dok sorang-sorang je, takde baby atau anak-anak kecil atau pun remaja, wanita ataupun orang yang tak merokok... tak kira lah anda ni seorang ayah (patutnya melindungi keluarga), boss atau pun siapa saja... Kesiankan lah orang-orang sekeliling yang tak merokok tapi jadik perokok sekunder yang lebih berisiko tinggi untuk dapat penyakit yang disebabkan oleh rokok.... ha.. tak pasal-pasal orang yang tak merokok pun dapat bala sama...

Tentang signal plak... apasal la kadang-kadang kete je mahal, tapi nak signal sikit pun susah.. pakai belok je.. yang jadik mangsanya orang kat belakang... especially pemandu motosikal... yelah dia ada kat kiri belakang kete selalunya... tetiba kete terus je belok tak bagi signal... buk jatuh bedebuk la.... sian .. cam nangka busuk lak... tapi kalo nak belok kanan pandai lak bagi signal... takut orang tak kasi lepas... selalu kan kita tengok keadaan gini...



Tentang hon plak, ramai orang takut sangat nak bunyikan hon... kononnya sapa suka hon orang, dia kurang sopan... sebenarnya hon tu dicipta untuk diguna bukan untuk hiasan... kita kena hon orang kalo lalu kat tempat yang berlereng bukit tak nampak orang kat depan, kita gak disarankan hon untuk bagi tau apa-apa signal pada orang lain... selain pada tu, kalo ada pemandu depan kita yang bawak kete macam tak berapa nak betul... hon ajelah... jangan bagi muka sangat.. nanti diaorang ingat perbuatan diaorang tu tak salah dan ingat kita ni suka la dengan apa yang dia buat... contohnya tak bagi signal, renti mengejut, dok renti tengah-tengah jalan, bawak slow gila kat lane kanan dan macam-macam lagi la.....

Oklah, buat pembaca sekalian... jangan takut bunyikan hon pada waktu yang tepat... lampu signal jangan dilupa walaupun belok dekat saja... pandu cermat jiwa selamat.. marilah kita sama-sama baiki diri agar kemalangan dan kecelakaan dapat dikurangkan...

salam adios.. dari saya yang menulis..oya..

Sunday, May 10, 2009

Pengalaman saya melahirkan...

Hai semua...
Seperti yang saya janji semalam, hari ni saya nak cerita pasal pengalaman saya mengandung sehiggalah saya melahirkan baby pertama saya. Setelah 2 bulan berkahwin, saya disahkan hamil. Sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan yang teruk... alhamdulillah... Cuma pada trimester pertama, saya suka tidur petang, badan rasa penat sangat walaupun tak buat apa-apa, pastu makan memilih sikit, tak tahan dengan bau orang menumis makanan... tapi tak lah sampai nak muntah... Suka makanan yang plain dan tak banyak kaler, eg: nasi ayam, nasi putih. Ha... Saya jugak kuat merajuk dan nangis, sensitif terlebih pulak... Pening jugak kepala husband saya nak layan perangai saya time ni...
Trimester kedua, 4-6 bulan, tak de apa2 masalah... Saya bertambah excited nak dapat baby... Sibut cari info tentang kehamilan, baby, dan lain-lain... perut pun dah nampak... tapi betul la orang cakap, masa mengandung ni rezeki murah sangat... apa saya nak makan semua dapat... Kawan-kawan pun semua caring... best betol! Saya dapat kerja pun time mengandung nak masuk 5 bulan. Penemuduga tu tak nampak perut saya, sebab pakai baju kurung... Ni lah rezeki namanya...
Trimester ketiga, saya jadik kuat makan... tambahan pulak time tu ada musim buah-buahan. Berat badan dari 51kg jadik 74 kg dalam masa 9 bulan. Saya makan banyak buah durian, rambutan, manggis dan macam-macam lagilah... Masa mengandung ni saya cuma mengidam makan ikan patin masak tempoyak dan cempedak goreng. Ikan patin tu dapat awal, tapi cempedak goreng dapat masa bulan ke 9... sebab musimnya baru ada. Saya bantai sebijik cempedak makan sorang. Sebijik tau bukan seulas...

senyuman bakal seorang ibu...eceh...

waktu ni 7 ke 8 bulan

ni dah 9 bulan, lagi 2 miggu nak due

dah masuk wad (11 ogos 08) esok due

katil kat wad, bersepah... hehehe..


wad kelas pertama Hospital Pakar Sultanah Aminah 


Saya ni ada diabetic masa mengandung tapi tak serius sangat, glucose level dalam 5 ke 6 mM (mmol/l). Oleh itu atas nasihat doktor, saya kena masuk wad lebih awal walaupun tiada tanda untuk bersalin iaitu 11 ogos 2008, due saya 12 ogos 2008. Memandangkan saya tiada pengalaman dalam bab-bab bersalin ni, saya pun ikut ajalah... Masuk wad 6 petang, esok paginya doktor masukkan ubat induce. Tapi sebenarnya saya sikit pun tak rasa nak bersalin lagi.. maintain aja. Then petangnya doktor masukkan sekali lagi... tapi tanda-tanda langsung tak ada... 
Malamnya saya tidur, tapi tak nyenyak la... sebab dah risau... pagi esok pukul 6 doktor masukkan lagi ubat tu... Yang peliknya kenapa diorang nak paksa baby saya keluar, tapi sebab saya tak ada pengalaman so ikut aja apa yang doktor cakap... sepatutnya kena beri masa lagi seminggu untuk baby keluar...  dan satu lagi bila saya dipanggil untuk masukkan ubat kali ke 4, (maximum 3 kali saja) doktor tu boleh macam tak tau pulak yang ubat dah dimasukkan sebanyak 3 kali... Saya ni dapat agak la, sebenarnya saya ni dipaksa bersalin walaupun takda apa-apa masalah... Memandangkan doktor macam dah tersilap... terpaksalah teruskan saja proses nak bersalin ni...

Pukul 1 darah ada keluar sikit, tapi tak banyak pun maybe kesan ubat yang dimasukkan sampai 3 kali... Bayangkan dah 3 kali ubat gesa bersalin masuk , rahim saya baru 2 cm buka. tapi sebenarnya baby saya belum nak keluarpun... Disebabkan ubat telah maksima masuk saya di hantar ke labour room walaupun patutnya 3cm rahim buka baru bolah hantar ke labour room. Saya happy bercampur agak bimbang.  Saya bimbang sebab saya takda rasa nak bersalin lagi, tapi doktor dah masukkan macam-macam kat badan saya.

Kat labour rooml, air dimasukkan ke dalam badan, kat tangan kiri adalah glucose dan yang kanan ubat untuk menguatkan rasa sakit contraction, kata doktor saya kena tahan sikit la contraction agar rahim cepat terbuka. Dari pukul 2 petang ke 2 pagi, rahim ku hanya buka 5cm sahaja, sakitnya contraction pada waktu itu jangan cakaplah... Tuhan saja yang tahu... tapi saya berserah saja pada takdir. Masa ni husband ada temankan saya sekali, nak tengok detik bersejarah la katakan...

Sepanjang 12 jam saya di labour room, ada 1 incident berlaku iaitu doktor pelatih telah terlebih dos masukkan air ubat yang menguatkan rasa contraction.... hal ini saya ketahui bila doktor pakar datang dan memeriksa saya. Patutlah saya rasa ada macam something wrong saja. Nasib baik takde apa-apa yang buruk berlaku... Yelah... dokter pakar tu boleh menjerit marahkan dokter pelatih yang macam tak tau buat kerja tu... Dah tu dia tak moniter graf jantung baby saya dengan betul, disuruhnya misi yang buat... Bila bacaan tak cantik dia membebel pulak. Saya ni dah la sakit dan macam nak tercabut nyawa, dapat pulak dokter yang tak pakar. Gerun campur geram dibuatnya...

Bila dah saya ni terlampau sakit, dokter pakar tu kesian kat saya, lagipun dah lama sangat menunggu, rahim saya buka 5 cm jer dalam 12 jam. Air ketuban pun dah dipecahkan... So dia sarankan saya diceaser dan kes saya ni kira sebagai poor performance stage... nak tak nak kena la redha, ikutkan saya memang nak sangat bersalin normal, tapi apakan daya, kuasa Tuhan yang menentukannya. Sedih memang sedih sebab tak dapat bersalin normal... husband pun sedih jugak tapi dia redha, ini ketentuanNya.

Pukul 2 lebih saya ditolak masuk ke bilik pembedahan... waktu tu saya dah tak tahan sangat sakit, tak kisah dah apa nak jadi, asalkan baby saya kuar cepat... badan saya dah jadik lemah, doktor risau saya pengsan sebelum baby lahir... first time kena bedah, doktor cucuk ubat bius kat tulang belakang... tak lama pastu dari tangan ke bawah sume dah kebas dan tak rasa apa-apa. Mula-mula saya nak minta dibius penuh tapi dokter kata lebih baik separa sedar kerana ia adalah polisi baru pembedahan. Yelah kalo jadik apa-apa kita dah realise dan tak la salahkan dokter 100%. Saya dibius separa sedar, saya dapat la lihat bagaimana keadaan sekeliling bilik bedah tu... doktor dan misi-misinya pakar-pakar belaka, diorang buka music dan masing-masing dah expert buat tugas sendiri. Saya sempat tercium bau macam losyen pada sorang dokter tu, ye lah maybe lepas mandi kot. Sebab masa saya mula-mula masuk bilik bedah ni tadi, diorang cakap saya ni patient kedua last kot, maybe tak larat dah ramai sangat bedah orang ari ni... Masa nak dibedah tu saya ada tengok gunting dan pisau bedah kat meja tepi saya, tapi saya sikit pun tak rasa takut memandangkan badan dah lemah sangat... Lagipun saya dah pasrah pada Tuhan... bagi saya inilah pengorbanan yang perlu saya lakukan demi baby saya dan suami tersayang... lagipun saya dah tak sabar nak tengok muka baby saya... Huhuhu...

Pukul 3.37 pagi lahirlah baby boy saya yang sungguh comel dan bulat... badannya montok betul dan beratnya 3.4kg... masa baby dikeluarkan saya dengar dia nangis kuat betul... rasa lega dan happy yang amat sangat... tapi badan pun penat sangat so rasa excited tu kurang sikit pada mulanya... saya rasa semua ibu-ibu yang baru pertama kali melahirkan anak mengalami perasaan yang hampir sama dengan saya... lepas baby di bersihkan , nurse tunjuk kat saya, dia tanya apa jantina baby saya... saya tengok baby saya, mata dia dah terbuka dan dia pun tengah tengok saya...

Alhamdulillah bila semua dah selesai saya diletakkan bawah satu lampu untuk memanaskan badan dan menghilangkan kesan bius. Dokter kata ubat bius tu hilang dalam masa 2 jam. Kemudian saya ditolak ke wad dan anak saya diletakkan bawah jagaan nurse buat sementara waktu. Lepas je saya masuk wad tengok anak saya takde, hati saya risau sikit, tapi nasib baik tak lama lepas tu ada nurse datang hantar baby saya... apalagi gembira tak terkata. 

"CERITA BAB HARU SIKIT"
Ha.. ni cerita kat wad pulak... jeng-jeng suspen la konon... saya kena tahan kat wad ni at least 2 hari untuk pastikan tak ada apa masalah pada luka pembedahan saya tu... condition saya lepas bedah ni sangat lemah sebab kesan ubat yang over dos masuk badan saya. Tangan saya, kiri dan kanan sakit sangat kat sendinya... tak boleh nak angkat atau menggenggam... nak pegang baby saya pun sakit sangat... luka kat perut lagi la sakit... dah la tak boleh gerak betul-betul, tenaga pulak kurang... tengahari baru boleh makan kot... tu pun tak lalu sebab tak berselera.
Husband, MIL and FIL datang la melawat saya tengahari tu... kawan-kawan pun sama... tapi ye lah badan sakit sangat dan tak berapa larat... mula-mula saya try bertenang dan berehat, tapi saya tak boleh nak lelap pun...  saya tengok orang sekeliling saya sume boleh tidur, tapi saya tak boleh pulak... Anak saya pun mungkin tak berapa selesa dan lapar jer... susu badan saya tak berapa banyak dan saya pun tak dapat nak pegang dengan cara yang betul untuk bagi susu... Setiap kali bagi susu, dia asyik menangis aja... saya jadik tension yang amat sangat... saya kesian kat baby sebab tak puas minum susu, air tak berapa banyak nak kuar. Maybe sebab saya gelisah dan tak tenang masa tu.. Tu pasal la air susu tak kuar banyak... nak buat macam mana saya tak berpengalaman lagi time tu... 

Then malamnya bila husband saya kena balik kul 7, tinggallah saya sorang-sorang kat wad dengan baby... hati ni nak ikut balik tapi tak boleh... Masa ni saya rasa down sangat sebab badan sakit dan saya sedih tak dapat nak pegang dan bagi baby saya minum susu dengan sempurna macam ibu-ibu kat sebelah katil saya. Lebih kurang pukul 8 lebih baby saya menagis, saya ni try la bagi susu, tapi  bila dia minum, pastu nangis lagi sebab tak puas... tangan saya dah sakit sebab tak mampu nak ampu berat badan dia.. Saya sedih campur tension... tapi tak lama pastu dia nangis lagi kuat sampaikan misi tu amik anak saya dan panggil dokter untuk check baby... dalam setengah jam gak baby saya nangis tak tau kenapa... bimbang saya tengok... sampai sejuk-sejuk kaki dia menangis... macam kolik. Dokter kata baby saya terlebih minum susu sampai dah senak, ni kerja misi la, sebab diorang yang bagi anak saya susu maghrib tadi. Tak lama pastu baby saya macam dah ngantuk dan dia mula tenang balik. 
Saya bawak baby ke katil dah usap dia perlahan-lahan bagi dia tenang dan selesa... Pastu dia tidur dan saya letakkan kat baby cot. Saya cube nak lelapkan mata dan berehat... tapi tak berapa nak lena...Dalam pukul 10 tu saya baru nak lelap, tiba-tiba baby saya pulak merengek minta diangkat... adoi.... haru dibuatnya... masa tu ada sorang nurse datang bertugas, so di bawah perbualan saya dan nurse;

saya: nurse, boleh tak tolong tengokkan anak saya tu... saya tak berapa larat la nak bangun..
nurse: awak bangun la amik anak awak sendiri, kot-kot dia kencing ke, ganti la pampersnya.. (dengan nada eksyen dan muka masam)
saya:(terperanjat dan sedih) Saya tak larat la nurse bukan saya saja-saja minta tolong. Saya baru nak rehat... (minta kasihan)
nurse: anak awak kan.... awak buat la sendiri....(mukanya eksyen nak m****s...)
saya: memang la anak  saya, tapi saya ni minta tolong..., kalo nurse tak boleh tolong, lebih baik saya balik rumah aja, lagi ramai orang boleh tolong saya... ('melampau nurse ni' dalam hati). takpe kalo macam ni kejap lagi saya panggil husband saya datang amik.... (sedih+geram+nak nangis)
nurse: panggillah..(nada mencabar)

So apa lagi saya pun angkat la anak saya dengan susah payahnya, mengesot-esot jalan.. sebab perut saya yang ceaser tu membuatkan susah nak bergerak bila dah baring kat katil... apalagi terus telepon husband saya sambil nangis teresak-esak... sedih.... pilu.... mengapa saya diberi ujian perasaan yang maha hebat ini. 
Saya cerita kat husband saya dan dalam kul 12 dia sampai kat spital nak bawak saya balik.... tercengang-cengang misi yang lain.. membe-membe kat wad tu dah macam tau... diaorang pun kesian kat saya... ada ke patut nurse tu beretika macam tu.... patut ke? patut ke?  tak patut...!!! Apalagi heboh jugak la kat wad bersalin tu.... dan datanglah sorang sister... pujuk saya supaya bersabar dan balik esok saja... sister tu jugak bagitau saya dia akan ambil tindakan pada nurse yang kurang ajar (kurang sopan) tu... Well, saya ni bukan nak berdendam, saya maafkan kesalahan dia bila nurse tu datang minta maaf... saya pun rasa lega sikit... hilanglah sakit di hati saya...  esok paginya... sume nurse-nurse yang lain tu buat baik kat saya, ye lah diaorang ingat kita ni saja-saja nak susahkan dia kot... please la wahai nurse-nurse di luar sana, jalankan lah tanggungjawab anda dengan dedikasi.. agar anda lebih dihormati... dan institusi hospitaliti kita lebih cemerlang dan disanjung... awal tengahari, sayalah orang paling awal dan paling  gembira nak balik rumah... tobat nak duduk wad lama-lama... serik dok wad... woooo! tapi bersalin dan mengandung saya tak serik...

Moralnya di sini, kepada bakal-bakal ibu, buat persiapan untuk bersalin dengan lebih terperinci, kalo rasa belum sakit dan tiada tanda nak bersalin tak payah lah pegi jumpa doktor awal-awal.. takut diinduce... lagi satu kalo ada duit lebih lebih baik bersalin kat swasta, at least kebajikan kita terjaga dan lebih selesa... keselesaan di guarantee.... Buat appointment dengan dokter yang akan sambut baby kita masa bersalin nanti... kalo boleh berbincang dengan dokter tu tentang kelahiran bagaimana yang kita inginkan... agar dia mengerti dan dapat memberi kerjasama sepenuhnya...
Kepada nurse-nurse yang baca blog ni, buat la kerja seikhlas mungkin, moga dapat balasan dari Tuhan atas kebaikan yang dibuat... Jangan bawak masalah peribadi semasa bertugas. Be profesional.... 

Kepada bakal-bakal ibu, jangan takut untuk bersalin... minta pertolongan dariNya... InsyaAllah sumenya akan berjalan lancar... percayalah...
Last but not least, Selamat hari ibu buat semua kaum ibu di seluruh dunia.... Jadilah ibu yang baik... didik lah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang...
jumpa lagi....

Thursday, May 7, 2009

My baby, Akalil Hamzah

Hi semua.... hari ni saya nak cerita pasal baby saya pulak. Saya sudah mempunyai seorang anak berusia 8 bulan... namanya Akalil Hamzah yang bermaksud mahkota kebijaksanaan... baby saya dilahirkan pada 12 Ogos 2008 pukul 3.37 pagi. Saya amat teruja dengan kelahiran si manja... Hidup saya berubah 100% apabila menjadi seorang ibu... pasti anda di luar sana yang pernah menjadi ibu juga mempunyai perasaan seperti saya.. gambar baru ada tapi kat desktop kat umah, nanti la saya update atau upload ek...


ni muka hamzah... meleleh leleh air liuqnya... umur dalam 3 bulan

umur 2 bulan... kat majlis potong jambul...

ni muka 2 bulan... baru bangun tido

suka kerut kening...


Perkembangan baby Hamzah yang saya catat:

(0-1 bulan) - asyik tidur saja, kuat minum susu, 
(1-2 bulan) - malam mesti berja 3 kali untuk minum susu, genggam jari mama kuat-kuat
(2-3 bulan) - senyum, cuba mengiring
(3-4 bulan) - nak meniarap dan balikkan badan
(4-5 bulan) - ketawa, minum susu tambah nestum, terliur bila tengok orang makan, dah merangkak
(5-6 bulan) - sudah makan bubur nasi, merangkak cepat dan cuba2 berdiri pegang dinding
(6-7 bulan) - boleh berdiri sendiri dengan cepat, gigi bawah tumbuh 2 batang, pandai duduk sendiri
(7-8 bulan) - dah bertatih jalan bila dipegang tangan, gigi atas tumbuh sebatang, suka biskut dan nasi lenyek, dah mandi air sejuk
(8-9 bulan) - pandai merajuk bila kena marah, pandai membebel (yayayayayaya), suka sangat berdiri sendiri, dah faham bahasa bila orang bercakap, dah ada 4 batang gigi, manja mngan papa dan mama dia

Baby saya ni lahir ceaser sebab masa lahir kepala baby besar sikit dan saya pulak bersalin induce, lagi pun kandungan gula tinggi sikit... saya masuk hospital 11 ogos, baby lahir 14, kuar dari spital plak 16 ogos... fuh.... lamanya kat wad... actually saya fobia skit dok wad ni, nanti saya ceritakan ok... 

Wednesday, May 6, 2009

Percubaan yang pertama...

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

Ini adalah percubaan pertama saya untuk menulis blog... sebenarnya dah lama sangat nak tulis blog ni, tapi tak sempat2 dan tak tak cukup lagi ilmu pasal blog2 ni sume... mmm sekarang pun belajar sendiri aja... kepada sesiapa nak bagi tips dan nak ajar saya pasal blog2 ni, silakan... dan tq so much...

mmm.. tujuan saya nak memblogkan diri ni adalah untuk berkongsi ilmu atau apa2 ajer yang mendatangkan manfaat... selamat berkenalan... berkongsi ilmu... dan semoga kita semua mendapat manfaat antara satu sama lain....

k la nanti saya akan sambung lagi dengan cerita yang lain dan lebih menarik...

salam mesra dari saya .....Oya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...