MY PRECIOUS FRIENDS

Tuesday, June 4, 2013

Amar makruf nahi mungkar

Assalamualaikum....

kali ni aku terpanggil untuk menulis blog lagi yang dah begitu lama menyepi... in shaa Allah aku akan kuatkan semangat untuk berkongsi ilmu bersama teman teman di luar sana...

tapi kali ni mungkin penulisan aku akan lebih kepada berkongsi ilmu atau pun fakta fakta menarik...

Mengenai tajuk di atas... aku akan terangkan... sila terus membaca...

AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
MAKSUD amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan, manakala nahi mungkar pula mencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik. Oleh itu, perkataan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Dalam karya fiqh klasik, istilah amar makruf nahi mungkar, jihad dan dakwah sering kali digunakan untuk merujuk kepada maksud yang sama. Dalam al-Quran, perkataan amar makruf dan nahi mungkar digunakan sekurang-kurangnya lapan kali.

Semua merujuk kepada tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Firman Allah yang bermaksud:

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."

(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Amar Makruf



Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku. Hadis itu juga menunjukkan setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati. Berdasarkan hujah itu, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik, manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik.

Dakwah

Realiti masyarakat Islam sekarang, ada pelbagai sebab kenapa dakwah itu menjadi tuntutan ke atas setiap individu Muslim. Antaranya, memberi pendidikan terhadap akhlak dan moral; pendidikan akidah dan sebarang aspek penyelewengan; pendidikan aspek pemikiran barat dan cara menanganinya dan pendidikan pentingnya peranan ilmu dan perpaduan di kalangan umat Islam.

Dakwah juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan masyarakat dan semasa. Oleh kerana kita berdakwah dalam masyarakat maka pemahaman berkaitan masyarakat yang ingin diajak adalah perlu. Penyelidikan juga harus dilakukan untuk memahami budaya dan cara hidup mereka.

Berdasarkan beberapa pendapat ulama, golongan manusia berkewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ialah orang Islam. Selain itu, ada beberapa syarat tambahan iaitu seorang yang mukalaf, mempunyai akhlak baik supaya tugas dakwah dilaksanakan memberi impak positif.

Antaranya, mestilah mempunyai kemampuan dan pengetahuan (untuk membezakan antara perkara baik dan salah) dan wujud kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa.
(kredit to penerangan.gov)


Kesimpulannya... kita sebagai Muslim iaitu umat Islam berkewajipan untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar... tak kira kita ni suami, isteri, cikgu, ketua kampung, mahasiswa, pekerja awam, dan sesiapa saja, asalkan kita ni orang Islam, lihat sekeliling... mainkan peranan kita sebagai orang Muslim... Jangan takut untuk memperbetulkan kesilapan dan dosa dosa disekeliling kita... Lakukan kerana Allah... Biarlah kita dibenci manusia asalkan mendapat redhaNya... In syaa Allah hidup kita akan mendapat ganjaranNya di akhirat kelak....


Bak kata pepatah; Biar orang tak suka, asalkan Allah redha. 

“dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta dengan orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut:69)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...