Mmm... pastinya sume sume ibu, mama atau ummi menantikan bilalah baby mereka akan berjalan... memang saat melihat anak yang dulunya kecil, meniarap, merangkak, bertatih hinggalah boleh berjalan sendiri menjadi kenangan paling indah...
aku sendiri excited menanti bilakah hamzah boleh berjalan... aku masih ingat... tarikh hamzah berjalan ialah 24 Julai 2009 iaitu masa umurnya 11 bulan 10 hari... masa tu aku cuti tengah mengemas sikit sambil perhatikan hamzah main... ye lah dia selalunya bertatih dan pegang sofa bila nak jalan... tapi tup tup tup... aku ternampak dia jalan 2 tiga langkah tanpa pegang... then dia jatuh pastu senyum... kemudian dia bangun lagi dan jalan lagi sampai 5, 6 langkah...
wah sukanya aku... baby dah leh jalan... hooray.. aku seronok bukannya apa... senang sikit... bila bawak dia jalan...dah boleh suruh dia jalan sendiri... tak la lenguh tangan nak dukung... lagipun dia akan lebih cepat belajar tentang sekelilingnya... lagi cepat la dia mengexplore....
tapi pastinya aku akan lebih tangkas dan berhati hati untuk pastikan hamzah tak buat aksi aksi bahaya... ye la kang jatuh tergolek, aku gak yang kena bawak gi spital... huhuhu....
mmm... mari kita layan gambar kat bawah ni... Sempat gak aku snap aksi aksi hamzah masa mula mula dia belajar jalan...
Blog ini nukilan Oya @ Suraya @ MamaHamzah @ wife Mr Amir... "It's about something good to share with and something to tell to..."
MY PRECIOUS FRIENDS
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts
Wednesday, August 19, 2009
Saturday, July 25, 2009
baby baru 22 Julai 2009
Em... bukan aku ek yang dapat baby... sajer je wat suspen... hihihi.. aku gi spital sultanah fatimah muar... lawat member seofis 22 Julai ari tu... tahniah atas kelahiran putera ke2nya... nama baby tu Adif... kawan aku ni namanya hazila... ada sesapa kenal... manala tau kot kot member korang jugak.. k la sila layan gambar di bawah:
Thursday, May 7, 2009
My baby, Akalil Hamzah
Hi semua.... hari ni saya nak cerita pasal baby saya pulak. Saya sudah mempunyai seorang anak berusia 8 bulan... namanya Akalil Hamzah yang bermaksud mahkota kebijaksanaan... baby saya dilahirkan pada 12 Ogos 2008 pukul 3.37 pagi. Saya amat teruja dengan kelahiran si manja... Hidup saya berubah 100% apabila menjadi seorang ibu... pasti anda di luar sana yang pernah menjadi ibu juga mempunyai perasaan seperti saya.. gambar baru ada tapi kat desktop kat umah, nanti la saya update atau upload ek...
ni muka hamzah... meleleh leleh air liuqnya... umur dalam 3 bulan
umur 2 bulan... kat majlis potong jambul...
Perkembangan baby Hamzah yang saya catat:
(0-1 bulan) - asyik tidur saja, kuat minum susu,
(1-2 bulan) - malam mesti berja 3 kali untuk minum susu, genggam jari mama kuat-kuat
(2-3 bulan) - senyum, cuba mengiring
(3-4 bulan) - nak meniarap dan balikkan badan
(4-5 bulan) - ketawa, minum susu tambah nestum, terliur bila tengok orang makan, dah merangkak
(5-6 bulan) - sudah makan bubur nasi, merangkak cepat dan cuba2 berdiri pegang dinding
(6-7 bulan) - boleh berdiri sendiri dengan cepat, gigi bawah tumbuh 2 batang, pandai duduk sendiri
(7-8 bulan) - dah bertatih jalan bila dipegang tangan, gigi atas tumbuh sebatang, suka biskut dan nasi lenyek, dah mandi air sejuk
(8-9 bulan) - pandai merajuk bila kena marah, pandai membebel (yayayayayaya), suka sangat berdiri sendiri, dah faham bahasa bila orang bercakap, dah ada 4 batang gigi, manja mngan papa dan mama dia
Baby saya ni lahir ceaser sebab masa lahir kepala baby besar sikit dan saya pulak bersalin induce, lagi pun kandungan gula tinggi sikit... saya masuk hospital 11 ogos, baby lahir 14, kuar dari spital plak 16 ogos... fuh.... lamanya kat wad... actually saya fobia skit dok wad ni, nanti saya ceritakan ok...
Subscribe to:
Posts (Atom)