MY PRECIOUS FRIENDS

Sunday, June 29, 2014

Alhamdulillah... Syoknya Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum...

Tak kira la sama ada orang baca atau tak blog aku ni... sebabnya dah macam tak wujud je blog ni... lama bebeno aku tak update... Hish rasa macam malas giler nak mengupdate blog ni... bukan ape... kekadang busy, kekadang tak de idea, kekadang takde mood... hehehehe bagi alasan baik punya... hihihi...

Anyway aku nak menulis sebagai catatan aku sendiri... tak kisah la lama ke atau hari2 ke aku update... Tahun 2014 ni biar lah aku cerita sikit pasal aku... Anak sulung aku dah 5 tahun 10 bulan... kira lagi 2 bulan 6 tahun la... sekarang tgh pra sekolah... Dan yang terbaru tentang aku ialah... Jene jeng jeng... Aku tgh pregnant 7 bulan plus plus... hihihi... surprise tak...?

Ari ni takde la nak citer pasal aku punye pregnant tu... aku cite lain kali je lah... Di bulan Ramadhan yang mulia ini aku nak ucapkan selamat beribadah semua... carilah pahala sebanyak mungkin... jangan lepaskan peluang buat lebih amal ibadat... semoga kita mendapat limpah dan rahmatNya..

Last but not least, mohon ampun dan maaf jika aku ada terkasar bahasa atau tersilap kata... yang baik itu dari Allah dan of course yang buruk itu dari aku...

Salam Ramadhan Al Mubarak...

Wednesday, June 5, 2013

DEMI MASA

Assalamualaikum...


Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... Fahamkah kita apa maksud surah Al Asr di atas? Tentu kita dah banyak kali terdengar ayat di atas... dari kecil sampai la sekarang ni... tapi apa yang kita buat...? Adakah kita mengambil iktibar dan tauladan disebalik makna ayat ayat Allah di atas?
Sekarang cuba kita tengok diri kita... adakah kita seorang yang suka membuang masa?

Cuba tengok checklist kat bawah ni:
1)Adakah anda suka main games di pc, laptop, tab ,hp?
2)Berapa lama masa di abiskan sehari untuk main games, contohnya games zombi, angry bird, jewel, candy crush dan tah apa entah lagi...
3)Setiap hari berapa kali kita buka blog, facebook, twitter, dll dari pagi sampai malam? 
4)Berapa jam kita tengok tv, dengar radio?
5)Berapa kali dan berapa lama masa kita berborak dengan member sehari (di opis, by call dll)
6)kalo kita ni suka tido siang, berapa lama masa kita tido?
7)Kalo kita g shopping komplex... berapa jam kita dok usha usha barang kat situ?
8)Kalo kita makan... berapa lama masa yang di ambil... "makan sambil borak tu"...
9)kalo tengah traffic jam berapa lama kita dok dalam kete sambil terpekik terlolong nyanyi ikut radio...?

Ok... Fikirkan jumlah masa yang kita ambil untuk buat semua semua benda kat atas tu... Emm rasa rasanya banyak tak masa yang kita dah sia siakan dalam 1 hari?
Aku lihat sekarang ni terlampau ramai yang suka buang masa, main games, berTEKNOLOGI sampai tak ingat Tuhan.... (Ini juga peringatan untuk diri aku)
Dan yang paling sedih kalo ada yang mendahulukan perkara di dunia ini dan melengahkan solat... hingga la ke ujung waktu..
Apa kata mulai sekarang kita jadikan masa kita berkualiti penuh dengan amalan amalan yang membawa ke syurga... Maksud aku... kita kurangkan... bukan hentikan ok... KURANGKAN main games, kurangkan berTENET lelama kt facebook, twitter, ect tu... Kalo kita buat sume sume tu kita TAMBAHKAN sambil berzikir... ingat Allah, berselawat ingat Nabi SAW... In syaa Allah amal kebajikan kita juga kan bertambah dan hidup kita tidakkan sia sia... Dan kalo tengah traffic jam atau tunggu lampu hijau... dok la berzikir... jangan lalai walaupun sesaat ingat kat Allah... Kalo kita selalu ingat kat Allah, Allah pun akan selalu ingat kat kita... Bagi orang perempuan... yang uzur (haid)... walaupun tengah tak leh solat... banyak kan istighfar, zikir as maul husna ke, tasbih, tahmid, dan selawat kepada nabi... sume sume tu membuatkan masa kita berlalu dengan tidak SIA SIA.... hati pun akan tenang dan hidup pun akan terasa NIKMATNYA...


Tuesday, June 4, 2013

Amar makruf nahi mungkar

Assalamualaikum....

kali ni aku terpanggil untuk menulis blog lagi yang dah begitu lama menyepi... in shaa Allah aku akan kuatkan semangat untuk berkongsi ilmu bersama teman teman di luar sana...

tapi kali ni mungkin penulisan aku akan lebih kepada berkongsi ilmu atau pun fakta fakta menarik...

Mengenai tajuk di atas... aku akan terangkan... sila terus membaca...

AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
MAKSUD amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan, manakala nahi mungkar pula mencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik. Oleh itu, perkataan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Dalam karya fiqh klasik, istilah amar makruf nahi mungkar, jihad dan dakwah sering kali digunakan untuk merujuk kepada maksud yang sama. Dalam al-Quran, perkataan amar makruf dan nahi mungkar digunakan sekurang-kurangnya lapan kali.

Semua merujuk kepada tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Firman Allah yang bermaksud:

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."

(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Amar Makruf



Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku. Hadis itu juga menunjukkan setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati. Berdasarkan hujah itu, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik, manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik.

Dakwah

Realiti masyarakat Islam sekarang, ada pelbagai sebab kenapa dakwah itu menjadi tuntutan ke atas setiap individu Muslim. Antaranya, memberi pendidikan terhadap akhlak dan moral; pendidikan akidah dan sebarang aspek penyelewengan; pendidikan aspek pemikiran barat dan cara menanganinya dan pendidikan pentingnya peranan ilmu dan perpaduan di kalangan umat Islam.

Dakwah juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan masyarakat dan semasa. Oleh kerana kita berdakwah dalam masyarakat maka pemahaman berkaitan masyarakat yang ingin diajak adalah perlu. Penyelidikan juga harus dilakukan untuk memahami budaya dan cara hidup mereka.

Berdasarkan beberapa pendapat ulama, golongan manusia berkewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ialah orang Islam. Selain itu, ada beberapa syarat tambahan iaitu seorang yang mukalaf, mempunyai akhlak baik supaya tugas dakwah dilaksanakan memberi impak positif.

Antaranya, mestilah mempunyai kemampuan dan pengetahuan (untuk membezakan antara perkara baik dan salah) dan wujud kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa.
(kredit to penerangan.gov)


Kesimpulannya... kita sebagai Muslim iaitu umat Islam berkewajipan untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar... tak kira kita ni suami, isteri, cikgu, ketua kampung, mahasiswa, pekerja awam, dan sesiapa saja, asalkan kita ni orang Islam, lihat sekeliling... mainkan peranan kita sebagai orang Muslim... Jangan takut untuk memperbetulkan kesilapan dan dosa dosa disekeliling kita... Lakukan kerana Allah... Biarlah kita dibenci manusia asalkan mendapat redhaNya... In syaa Allah hidup kita akan mendapat ganjaranNya di akhirat kelak....


Bak kata pepatah; Biar orang tak suka, asalkan Allah redha. 

“dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta dengan orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut:69)


Tuesday, March 12, 2013

Jadilah pengguna laman sosial yang bijak...


Sekarang ni dah tak heran dengan internet, tweeter, blog, facebook, dan lain lain lagi. Sume sume tu perkara biasa dalam kehidupan harian kita semua. Budak budak kecik pun dah pandai menjalankan pelbagai operasi dalam komputer. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai komputer dan aplikasi internet. Handphone, tablet dan pelbagai gajet canggih dijual mempunyai aplikasi internet memudahkan lagi penggunaan laman web sosial.



Tapi apa yang aku lihat, ramai yang terlalu addicted atau ketagih kepada laman web sosial ni tanpa mengira batasan waktu. Tengah bawak kereta pun sempat bertweet, di mana mana saja mentweet sehingga mengganggu gugat kehidupan normal seharian. Ye lah kalo bawak kete tu sempat lagi nak capai handpon tanpa mengira keselamatan diri dan orang lain... Bijak kah tindakan anda itu? Nyawa seperti kuih 30 sen je, mudah sangat digadaikan.
   
Dan lagi satu ada sesetengah orang tu bila kita bercakap dengan dia, dia duat 'dunno' je sebab tengah busy balas tweeter. Kesian kat kawan yang tengah bercakap atau bertanya tapi tak diendahkan... Ye lah sekali dua boleh lah tahan , tapi kalau dah selalu kena kan boleh menjejaskan hubungan antara rakan atau sesiapa saja. So, korang jangan lah buat macam tu kat orang sekeliling k...


Lagi satu, ramai yang ada laman web sosial ni nak cari gaduh jer, padahal hal kecil saja, tapi nak diperbesar besarkan. Dan dihangatkan lagi oleh follower atau reader yang sukakan kekecohan. Seronok kalau dapat BAKAR orang lain dan bergaduh gaduh.. buat menambahkan dosa jer... Mmm cukup cukup lah tue... Kepada sesiapa yang sukakan gossip, mengumpat, dan mengata ngata orang, atau mengadu domba, hentikan lah tabiat buruk anda sekarang... sebabnya bukan dapat apa pun dapat dosa jer..

So lu pikir la sendiri...



Friday, April 13, 2012

Jangan asyik cari aib orang...

Satu perbualan yang aku dengar:

A: Ya Allah kenapa la si Anu ni pakai tudung murah sanagt? Ni yang fesyen zaman dulu dulu... Dia kan artis banyak duit... Hish malu aku kalau aku jadik artis macam ni...! Ni tudung tak sampai sepuluh hengget la aku rasa...

B: Eh mana ko tau tak sampai sepuluh hengget... kot kot dia beli tudung macam tu RM100... Mana ko tau...?

A: Eh aku tau la, ko tengok satu batu pun takde... Hish apalah...

Dalam hati ku hanya beristigfar mendengarkan satu luahan hati orang yang berpemikiran cetek... Yelah kalau siapa siapa pun nak pakai tudung tak kisah la murah ke mahal, asalkan menutup aurat... Itu lah yang pasti tujuan asal kita memakai tudung. Bukan nak menunjuk nunjuk... Kalau kita ada rasa riak dan takbur dengan apa yang kita miliki atau pakai, senang senang saja dosa kita bertambah...

Kita kat dunia ni pun bukan perfect sangat, janganlah nak cari silap dan nak mengutuk orang saja. Memalukan diri sendiri dan memperbodohkan diri saja. Berfikir positif dan jangan ada rasa cemburu atau dengki pada kesenangan orang lain... Nanti kita akan ada rasa busuk hati, dan kita akan mencari silap atau aib orang.

Selalulah beristigfar kerana ia membersihkan hati dan menambah rezeki...


Friday, April 6, 2012

Semangat Setia Kawan

Semangat Setia kawan??? Apa maksudnye??? Korang mesti pernah dengar 3 perkataan tu...
Bagi aku semangat setia kawan bermaksud kita harus bantu membantu antara kawan kawan kita, ikhlas serta sanggup berkorban untuk mereka.

Tapi jangan salah gunakan maksud tiga perkataan diatas... kalau kita nak tolong kawan kawan jangan sampai merosakkan pulak... Tolong pada perkara kebaikan bukan pada kejahatan atau perkara yang tak sepatutnya di tolong... Senang cerita aku bagi contoh... kalau kita ada kawan yang selalu lambat datang opis, jangan dok sibuk tolong punchkan pulak... Sanggup tuh hari hari... Em... relevenkah bantuan kita saat itu sebagai seorang kawan??? Di mana integriti anda dan rakan anda sebagai pekerja? Tapi kalo kawan kita dalam kesusahan seperti pancit tayar kereta tengah highway, barulah betul betul bantuan kita wajib diperlukan...

Dan kalau kita ada kawan, jangan gunakan 3 perkataan di atas untuk meraih simpati mereka dan sekaligus menggunakan kawan kita untuk kepentingan diri sendiri... Berpijaklah di bumi nyata, jangan palitkan orang lain dengan masalah diri yang tak terurus. Contohnya begini oleh kerana kita sudah terbiasa datang opis lambat, maka kita gunakan 3 perkataan diatas untuk memujuk mana mana kawan yang sudi menolong kita mengetip kad perakam waktu kita (punch kad). Hendak tak hendak ada kawan kawan yang TERPAKSA melakukannya demi Semangat Setia Kawan tadi.

Korang pikir pikirkan lah apa aku tulis ni... jangan SALAHGUNA maksud semangat setia kawan...

Tuesday, November 1, 2011

Tahun Kekayaan....




Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu
1/1/11
1/11/11
11/1/11
11/11/11
serta bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita tahun ini, keputusannya ialah pasti 111 buat semua orang!!!!

Selain itu pada bulan Oktober terdapat 5 kali isnin, 5 kali sabtu, hal ini terjadi sekali setiap 823 tahun.

Tahun ini ialah TAHUN KEKAYAAN... jika kita berusaha keras, insyaAllah pasti ada hasilnya...

...info ini aku dapat dari sms seorang sahabat... Fikir fikirkan...




Tuesday, February 15, 2011

selamat menyambut hari maulidur rasul...

assalamualaikum..
Tanggal 15 feb 2011 iaitu bersamaan 12 Rabiulawal adalah hari kelahiran nabi Muhammad SAW. Hari ni aku dan kawan2 seopis pergi meramaikan majlis sambutan rasul do masjid jamek Sultan Ibrahim Muar. So tengah dengar ceramah ni sempat gak berblog. Nak dengar ceramah tapi tak berapa clear. Banyakkan selawat pun bagus. K la nanti sambung lagi..

Wednesday, December 22, 2010

sehari selembar benang... lama lama...


tajuk entry ni untuk ingatkan diri aku... sebelum melangkah alam tahun baru... mmm apa kata aku merajinkan diri mengisi kekosongan blog aku ni... mmm hari ni cuti , esok cuti... dan lusa pun cuti... macam cikgu sekolah lak kan... asyik cuti jer.. aku ngabiskan cuti tahunan... simpan pun bukan leh kaya... lagipun aku ada keje sikit nak wat kat umah... tapi sok aku kena gi opis sat... tetiba jer ada penilaian prestasi... mmm musykil2... tapi macam best gak... manalah tau kot kot nanti ada berita baik... hehehe...

~sehari selembar benang lama lama menjadik kain ;P

Wednesday, December 1, 2010

Bagus ker Asari Chan tue?


Pernah tengok siri cartoon Asarichan? dah lama aku perhatikan cartoon ni.. sejak kemunculan di kaca tv la... ianya cerita tentang kehidupan seorang budak iaitu Asari (pretty clumsy) yang agak lembab dan pemalas bersama ibunya yang garang dan tak berhati perut(tapi graduated from elite U), kakaknya (tatami ~pretty smart) yang suka membuli dan mengambil kesempatan (terhadap asarichan) dan ayahnya (executive of big co) yang cool...


aku sebenarnya kurang setuju jika anak2 kita menonton cerita ini kerana lawaknya dan bahasanya yang kasar... selain tu sikap dan perbuatan yang ditunjukkan boleh mengelirukan anak2 kita... pelik kenapa cerita ini tidak di tapis dulu kesesuaiannya sebelum dipertontonkan kepada umum terutama untuk anak2. Cerita ini lebih sesuai untuk golongan dewasa sebagai bahan lawak... tapi tidak sesuai untuk anak2 yang masih belum faham dan mengerti lawak kasar yang disajikan...

Kalo korang masih belum tengok lagi... silalah tengok astro channel 611 astro ceria.
Antara kata kata yang selalu digunakan oleh mak asarichan ialah BOD*H, Tak GUNA! Mak si asari ni langsung takde sikap keibuan... memanglah kartun... tapi kekadang kesian si asari, mak sendiri pun tak hiraukan anak... dalam cerita ni, si asari selalu kena marah dan maki hamun dengan mak dia... dah karekter si asari malas dan lembab sikit... tapi tak sepatutnya seorang ibu layan anak dia sekasar itu...

Sepatutnya setiap cerita cartoon tue mestilah mempunyai nilai nilai murni yang di terap untuk diserap oleh anak2 kita... Terdapat banyak cartoon yang bagus2 seperti doraemon, upin dan ipin, Oso, dan lain2 lain yang menerapkan unsur positif dalam jalan ceritanya... kalau ada yang kata cerita asarichan ni lawak dan kelakar, bagi aku tak langsung... sebabnya jika berlawak biarlah kena pada tempatnya... peka pada kesensitifan orang lain... Kalau tak, seperti kita ketawakan diri sendiri kerana diperbodoh bodohkan oleh orang lain...

Terpulanglah kat korang nilai baik buruknya kartun asari chan tu untuk anak2 korang... ini pendapat aku dari mata halus aku... fikir2kanlah yang terbaik untuk anak2 kita...

ucapan selamat kembali kepada aku...


Assalamualaikum...setelah lamanya aku membisukan diri, kini aku kembali ke arena penulisan... memang aku sibuk macam korang gak... tapi aku terlebih malas... tu la pasal blog aku berhabuk... hehehe... sebelum melangkah tahun 2011... aku nak try buat entry terbaek... tu aje untuk kali ni... miss my blog... hikhikhik..

perkembangan terbaru aku:
berat dah kurang... makin slim... kembali beraerobik...
hamzah dah jadik big boy... very notty boy ~2 tahun 4 bulan
papa aka mr amir... very very busy lately... ada projek besaq la tue...
psst... nanti ada banyak nak story morry.. tapi kenalah kat entry lain...
dan aku dah tukar tema blog ni... it's not more about me n baby only... it's about something n everything in my life... barulah thrill...

kepada kawan2 tak tak jemu2 jenguk blog aku ni yang tak seberapa ni... TRIMAS aku ucapkan... Happy blogging...


Sunday, August 15, 2010

Salam ramadhan...

hahaha... salam sejahtera sume... walaupun kita dah berpuasa hampir seminggu, tapi masih lum terlambat untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat sedunia...

Salam kemaafan ikhlas dari hati ini kepada semua... manalah tau kot kot ada terkasar bahase or terguris jiwa sepanjang berblog ni...

Pesanan ku untuk semua dan diri sendiri (sama samalah kita ingat mengingati):
1) banyakkan beramal sepanjang Ramadhan
2) jauhi perkara2 lagha yang mengurangi pahala puasa
3) jangan membazir, bersederhanalah dalam berbuka puasa
4) jangan lupa bangun sahur...
5) hulurkanlah bantuan pada yang memerlukan, (eg; anak yatim, org tua, kurang upaya dll)

Salam ramadhan al mubarak... renung renungkan dan selamat beramal...

Saturday, August 14, 2010

simple besday celebration for my son...

"happy besday to u, happy besday to u...
happy besday to Akalil mama...
happy besday to u...
Muah i love u..."

Pada tarikh ini, (14 ogos 2010) 2 tahun yang lepas, aku telah selamat melahirkan seorang putera yang comel iaitu buah hatiku Akalil Hamzah...

Selamat ulang tahun yang ke 2 sayang... di sebabkan sekarang bulan mulia, bulan Ramadhan sambutan aku buat ala kadar jer... mama dan papa belikan Hamzah kek besday, chocolate bluberry... Nanti insya'Allah aku nak buat open house hari raya sekaligus besday celebration untuk Hamzah...

meh potong kek ngan mama...

Hamzah n papa

Fuhh... tiup... tiup... yey!

HaChocolate Blueberry cake.. yummy!!

Nyum... happynyer besday boy nie...

Friday, July 16, 2010

lagi 29 hari...

gambar hamzah umur sehari
hamzah umur setahun
ganbar hamzah terbaru

Salam sume... my baby now become toddler... iaitu Akalil Hamzah akan mencapai usia 2 tahun pada 14 Ogos 2010 ni... Wah dah besar anak mama nie...

Emmm aku pun dalam dilema... cadangnyer nak buat besday celebration tapi masa tu Bulan Ramadhan... kalo nak wat malam takut tak ramai sambutan dan mengganggu org yang nak Terawih... Kalo wat lepas Terawih... Tak ke lambat sangat ker???

emmm still think about it.. any comment or suggestion... lagi satu kalo ada idea, celebration yang macam mana nak buat... Leave ur message here if u have one, and i relly appreciate it... tahnk u..


Cubalah lihat kebesaran Allah...

Salam sume... entry ni aku buat pas lawat blog malia...
Lihat 3 titik hitam kat tengah2 tulisan tu selama 10 saat...
anda pasti nampak kebesaran Allah...
Cubalah...

Hamzah demam...


Semalam petang pas balik keje aku amik Hamzah... dia tido jer... badan cam panas skit... tapi aku biarkan jer la dia berehat... nanti malam kalo tak elok lagi baru nak kasi ubat demam. pas maghrib aku gi Giant jap, si Hamzah ni lincah jer main itu ini... macam budak sihat jer... yang peliknya walaupun dia demam, dia tak merengek langsung, muka saja cam tak sihat... Makan dan minun susu pun ok, siap tengok tv sampai kul 1 lagi walaupun aku dah kasi ubat demam, selesema dan vitamin. Papa dia yang jaga, aku dah tertidur dulu....

Dalam kul 4 tue aku terbangun, rasa badan Hamzah panas sangat, risau aku... aku pun buat susu baru untuk dia dan jeramkan kepala dia... letak tuala basah kat kepala dia dan lap lapkan badan dia dengan air... Alhamdulillah suhu turun sikit... badan dia tak la panas sangat macam yang aku rasa kul 4 tadi...

Aku still kena gi keje, cuma tengahari nanti aku nak gi lawat Hamzah kat umah penjaga dia... Harap2 Hamzah dah ok... Aku dah pesan kat makcik tue apa nak buat... suruh dia jeram2 kan kepala Hamzah jugak... Doaku... "Ya Allah, sembuhkanlah anakku Akalil Hamzah dari demamnya, Ya Allah...hanya padaMu aku memohon...." amin...

15 Julai~harga gula dan petrol naik lagi!!!!

Salam sume... aku tau info ni malam tadi... wah memang tergezut jugak sebabnya asyik naik jer harga minyak dan gula... RON 95 naik 5 sen dan RON 97 tak diberikan subsidi. RON 97 ni naik 5 sen dan harganya akan diselaraskan seterusnya. Harga gula naik 25 sen iaitu jadik RM1.90 dari RM1.65. manakala gas LPG naik 10 sen sekilogram....

Berikut adalah harga baru:
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Lepas ni kenalah berjimat cermat, rancang perbelanjaan dan perjalanan... Kurangkan gula dalam minuman dan makanan untuk kesihatan disamping dapat berjimat.

Thursday, July 15, 2010

buka 1 block 1

Salam sume...

kat opis aku ni, facebook dah kena block... tapi yang bestnyer blog dah leh bukak... mmm bagus gak.. boleh la aku mengupdate blog yang dah bersawang nie... tapi alamatnyer fb aku plak yg jadik bersawang... nape la diaorg ni nak block2 lak... mana leh block technology... tak guna la kita ni celik IT dan ada pelbagai kemudahan untuk mendapatkan ilmu... bukan asyik ngadap internet jer... kalo ada masa terluang baru kita ni bukak blog dengan mencari info pelbagai... k la aku nak gi intai2 contest yang boleh disertai... nak giat balik wat contest ni... dah lama tak masuk...

chow chin chow...


Wednesday, July 14, 2010

Aku dah tukar template dan layout blog....

Semalam aku dah tekad nak ubah layout blog....tapi masih under construction... dah bosan dgn layout lama... sekarang ni senang jer nak ubah2 layout... sume dah dipermudahkankan cuma kena rajin try and error... aku nak kecikkan sikit la gambar aku tue.... besar gedabak dan tak centre la tue... emmm nanti la aku fikirkan.... pastu pasni aku nak wat lagi satu blog... for bisness part... ala kecil kecilan dan suka suki jer...

wokehlah... aku nak tulis entry lain lak.... memandangkan aku terbangun awal ni... sebab sahur... posa sunat bulan syaaban...

Saturday, July 3, 2010

i'm so mad today... (but not today ekceli)


hahaha... by reading the title of entry, it's sound funny for me.. today i'm so angry... not important to story why i'm so angry in this blog... i just want to calm down myself by write something here... actually i want to tell the moral story of what is happened... if u have a responsibility of work to do.. do it wisely and must be fair to everything... don't simply make a small mistake... because small mistake can become bigger to certain people... people will ask ur credibility and ur talent to handle the thing/job..

~dear reader, although all of u don't understand what matter i'm talking about... just read it if u want... i don't mind if u not interested to know... i have blog... so i just want to write something that i felt to...~

hahaha.... korang mesti suspen kan... masa ari tu lebih kurang seminggu lepas (entry basi aku), aku marah sungguh kat hamba Allah nie... hahaha tak yah la sebut sapa ek... yelah aku rasa seperti di tindas dan ketidakadilan telah berlaku pada aku... so mana leh diam diri, meletup la... masa aku hot tue, lak molot penyibuk kasi hot lagi... so silap besar la...

tapi ada hikmahnya pada apa yang terjadi... aku pasti Allah tentukan yang terbaik buat hamba2nya... kita ni yang kena belajar bersabar dan bersyukur... apa pun sume dah berlalu... past is past... and now i am happy with what was happened... and nothing to worry about... aku juga rasa lebih tenang dan lapang. kepada dot dot dot, please be more responsible and fair to everybody... kalo tak nanti jawab la sendirik dalam kubor....

k la tue aje yg nak di share... c ya in the next story of entry...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...