MY PRECIOUS FRIENDS

Tuesday, March 12, 2013

Jadilah pengguna laman sosial yang bijak...


Sekarang ni dah tak heran dengan internet, tweeter, blog, facebook, dan lain lain lagi. Sume sume tu perkara biasa dalam kehidupan harian kita semua. Budak budak kecik pun dah pandai menjalankan pelbagai operasi dalam komputer. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai komputer dan aplikasi internet. Handphone, tablet dan pelbagai gajet canggih dijual mempunyai aplikasi internet memudahkan lagi penggunaan laman web sosial.



Tapi apa yang aku lihat, ramai yang terlalu addicted atau ketagih kepada laman web sosial ni tanpa mengira batasan waktu. Tengah bawak kereta pun sempat bertweet, di mana mana saja mentweet sehingga mengganggu gugat kehidupan normal seharian. Ye lah kalo bawak kete tu sempat lagi nak capai handpon tanpa mengira keselamatan diri dan orang lain... Bijak kah tindakan anda itu? Nyawa seperti kuih 30 sen je, mudah sangat digadaikan.
   
Dan lagi satu ada sesetengah orang tu bila kita bercakap dengan dia, dia duat 'dunno' je sebab tengah busy balas tweeter. Kesian kat kawan yang tengah bercakap atau bertanya tapi tak diendahkan... Ye lah sekali dua boleh lah tahan , tapi kalau dah selalu kena kan boleh menjejaskan hubungan antara rakan atau sesiapa saja. So, korang jangan lah buat macam tu kat orang sekeliling k...


Lagi satu, ramai yang ada laman web sosial ni nak cari gaduh jer, padahal hal kecil saja, tapi nak diperbesar besarkan. Dan dihangatkan lagi oleh follower atau reader yang sukakan kekecohan. Seronok kalau dapat BAKAR orang lain dan bergaduh gaduh.. buat menambahkan dosa jer... Mmm cukup cukup lah tue... Kepada sesiapa yang sukakan gossip, mengumpat, dan mengata ngata orang, atau mengadu domba, hentikan lah tabiat buruk anda sekarang... sebabnya bukan dapat apa pun dapat dosa jer..

So lu pikir la sendiri...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...