Assalamualaikum...
Tak kira la sama ada orang baca atau tak blog aku ni... sebabnya dah macam tak wujud je blog ni... lama bebeno aku tak update... Hish rasa macam malas giler nak mengupdate blog ni... bukan ape... kekadang busy, kekadang tak de idea, kekadang takde mood... hehehehe bagi alasan baik punya... hihihi...
Anyway aku nak menulis sebagai catatan aku sendiri... tak kisah la lama ke atau hari2 ke aku update... Tahun 2014 ni biar lah aku cerita sikit pasal aku... Anak sulung aku dah 5 tahun 10 bulan... kira lagi 2 bulan 6 tahun la... sekarang tgh pra sekolah... Dan yang terbaru tentang aku ialah... Jene jeng jeng... Aku tgh pregnant 7 bulan plus plus... hihihi... surprise tak...?
Ari ni takde la nak citer pasal aku punye pregnant tu... aku cite lain kali je lah... Di bulan Ramadhan yang mulia ini aku nak ucapkan selamat beribadah semua... carilah pahala sebanyak mungkin... jangan lepaskan peluang buat lebih amal ibadat... semoga kita mendapat limpah dan rahmatNya..
Last but not least, mohon ampun dan maaf jika aku ada terkasar bahasa atau tersilap kata... yang baik itu dari Allah dan of course yang buruk itu dari aku...
Salam Ramadhan Al Mubarak...
Blog Of Super Duper mummy...
Blog ini nukilan Oya @ Suraya @ MamaHamzah @ wife Mr Amir... "It's about something good to share with and something to tell to..."
MY PRECIOUS FRIENDS
Sunday, June 29, 2014
Wednesday, June 5, 2013
DEMI MASA
Assalamualaikum...
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... Fahamkah kita apa maksud surah Al Asr di atas? Tentu kita dah banyak kali terdengar ayat di atas... dari kecil sampai la sekarang ni... tapi apa yang kita buat...? Adakah kita mengambil iktibar dan tauladan disebalik makna ayat ayat Allah di atas?
Sekarang cuba kita tengok diri kita... adakah kita seorang yang suka membuang masa?
Cuba tengok checklist kat bawah ni:
1)Adakah anda suka main games di pc, laptop, tab ,hp?
2)Berapa lama masa di abiskan sehari untuk main games, contohnya games zombi, angry bird, jewel, candy crush dan tah apa entah lagi...
3)Setiap hari berapa kali kita buka blog, facebook, twitter, dll dari pagi sampai malam?
4)Berapa jam kita tengok tv, dengar radio?
5)Berapa kali dan berapa lama masa kita berborak dengan member sehari (di opis, by call dll)
6)kalo kita ni suka tido siang, berapa lama masa kita tido?
7)Kalo kita g shopping komplex... berapa jam kita dok usha usha barang kat situ?
8)Kalo kita makan... berapa lama masa yang di ambil... "makan sambil borak tu"...
9)kalo tengah traffic jam berapa lama kita dok dalam kete sambil terpekik terlolong nyanyi ikut radio...?
Ok... Fikirkan jumlah masa yang kita ambil untuk buat semua semua benda kat atas tu... Emm rasa rasanya banyak tak masa yang kita dah sia siakan dalam 1 hari?
Aku lihat sekarang ni terlampau ramai yang suka buang masa, main games, berTEKNOLOGI sampai tak ingat Tuhan.... (Ini juga peringatan untuk diri aku)
Dan yang paling sedih kalo ada yang mendahulukan perkara di dunia ini dan melengahkan solat... hingga la ke ujung waktu..
Apa kata mulai sekarang kita jadikan masa kita berkualiti penuh dengan amalan amalan yang membawa ke syurga... Maksud aku... kita kurangkan... bukan hentikan ok... KURANGKAN main games, kurangkan berTENET lelama kt facebook, twitter, ect tu... Kalo kita buat sume sume tu kita TAMBAHKAN sambil berzikir... ingat Allah, berselawat ingat Nabi SAW... In syaa Allah amal kebajikan kita juga kan bertambah dan hidup kita tidakkan sia sia... Dan kalo tengah traffic jam atau tunggu lampu hijau... dok la berzikir... jangan lalai walaupun sesaat ingat kat Allah... Kalo kita selalu ingat kat Allah, Allah pun akan selalu ingat kat kita... Bagi orang perempuan... yang uzur (haid)... walaupun tengah tak leh solat... banyak kan istighfar, zikir as maul husna ke, tasbih, tahmid, dan selawat kepada nabi... sume sume tu membuatkan masa kita berlalu dengan tidak SIA SIA.... hati pun akan tenang dan hidup pun akan terasa NIKMATNYA...
Tuesday, June 4, 2013
Amar makruf nahi mungkar
Assalamualaikum....
kali ni aku terpanggil untuk menulis blog lagi yang dah begitu lama menyepi... in shaa Allah aku akan kuatkan semangat untuk berkongsi ilmu bersama teman teman di luar sana...
tapi kali ni mungkin penulisan aku akan lebih kepada berkongsi ilmu atau pun fakta fakta menarik...
Mengenai tajuk di atas... aku akan terangkan... sila terus membaca...
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku. Hadis itu juga menunjukkan setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati. Berdasarkan hujah itu, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik, manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik.
Dakwah
Realiti masyarakat Islam sekarang, ada pelbagai sebab kenapa dakwah itu menjadi tuntutan ke atas setiap individu Muslim. Antaranya, memberi pendidikan terhadap akhlak dan moral; pendidikan akidah dan sebarang aspek penyelewengan; pendidikan aspek pemikiran barat dan cara menanganinya dan pendidikan pentingnya peranan ilmu dan perpaduan di kalangan umat Islam.
Dakwah juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan masyarakat dan semasa. Oleh kerana kita berdakwah dalam masyarakat maka pemahaman berkaitan masyarakat yang ingin diajak adalah perlu. Penyelidikan juga harus dilakukan untuk memahami budaya dan cara hidup mereka.
Berdasarkan beberapa pendapat ulama, golongan manusia berkewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ialah orang Islam. Selain itu, ada beberapa syarat tambahan iaitu seorang yang mukalaf, mempunyai akhlak baik supaya tugas dakwah dilaksanakan memberi impak positif.
Antaranya, mestilah mempunyai kemampuan dan pengetahuan (untuk membezakan antara perkara baik dan salah) dan wujud kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa.
(kredit to penerangan.gov)
Kesimpulannya... kita sebagai Muslim iaitu umat Islam berkewajipan untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar... tak kira kita ni suami, isteri, cikgu, ketua kampung, mahasiswa, pekerja awam, dan sesiapa saja, asalkan kita ni orang Islam, lihat sekeliling... mainkan peranan kita sebagai orang Muslim... Jangan takut untuk memperbetulkan kesilapan dan dosa dosa disekeliling kita... Lakukan kerana Allah... Biarlah kita dibenci manusia asalkan mendapat redhaNya... In syaa Allah hidup kita akan mendapat ganjaranNya di akhirat kelak....
Bak kata pepatah; Biar orang tak suka, asalkan Allah redha.
“dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta dengan orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut:69)

MAKSUD amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan, manakala nahi mungkar pula mencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik. Oleh itu, perkataan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Dalam karya fiqh klasik, istilah amar makruf nahi mungkar, jihad dan dakwah sering kali digunakan untuk merujuk kepada maksud yang sama. Dalam al-Quran, perkataan amar makruf dan nahi mungkar digunakan sekurang-kurangnya lapan kali.
Semua merujuk kepada tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Firman Allah yang bermaksud:
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)
Amar Makruf

Tuesday, March 12, 2013
Jadilah pengguna laman sosial yang bijak...
Sekarang ni dah tak heran dengan internet, tweeter, blog, facebook, dan lain lain lagi. Sume sume tu perkara biasa dalam kehidupan harian kita semua. Budak budak kecik pun dah pandai menjalankan pelbagai operasi dalam komputer. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai komputer dan aplikasi internet. Handphone, tablet dan pelbagai gajet canggih dijual mempunyai aplikasi internet memudahkan lagi penggunaan laman web sosial.
Dan lagi satu ada sesetengah orang tu bila kita bercakap dengan dia, dia duat 'dunno' je sebab tengah busy balas tweeter. Kesian kat kawan yang tengah bercakap atau bertanya tapi tak diendahkan... Ye lah sekali dua boleh lah tahan , tapi kalau dah selalu kena kan boleh menjejaskan hubungan antara rakan atau sesiapa saja. So, korang jangan lah buat macam tu kat orang sekeliling k...
Lagi satu, ramai yang ada laman web sosial ni nak cari gaduh jer, padahal hal kecil saja, tapi nak diperbesar besarkan. Dan dihangatkan lagi oleh follower atau reader yang sukakan kekecohan. Seronok kalau dapat BAKAR orang lain dan bergaduh gaduh.. buat menambahkan dosa jer... Mmm cukup cukup lah tue... Kepada sesiapa yang sukakan gossip, mengumpat, dan mengata ngata orang, atau mengadu domba, hentikan lah tabiat buruk anda sekarang... sebabnya bukan dapat apa pun dapat dosa jer..
So lu pikir la sendiri...
Friday, April 13, 2012
Jangan asyik cari aib orang...
Satu perbualan yang aku dengar:
A: Ya Allah kenapa la si Anu ni pakai tudung murah sanagt? Ni yang fesyen zaman dulu dulu... Dia kan artis banyak duit... Hish malu aku kalau aku jadik artis macam ni...! Ni tudung tak sampai sepuluh hengget la aku rasa...
B: Eh mana ko tau tak sampai sepuluh hengget... kot kot dia beli tudung macam tu RM100... Mana ko tau...?
A: Eh aku tau la, ko tengok satu batu pun takde... Hish apalah...
Dalam hati ku hanya beristigfar mendengarkan satu luahan hati orang yang berpemikiran cetek... Yelah kalau siapa siapa pun nak pakai tudung tak kisah la murah ke mahal, asalkan menutup aurat... Itu lah yang pasti tujuan asal kita memakai tudung. Bukan nak menunjuk nunjuk... Kalau kita ada rasa riak dan takbur dengan apa yang kita miliki atau pakai, senang senang saja dosa kita bertambah...
Kita kat dunia ni pun bukan perfect sangat, janganlah nak cari silap dan nak mengutuk orang saja. Memalukan diri sendiri dan memperbodohkan diri saja. Berfikir positif dan jangan ada rasa cemburu atau dengki pada kesenangan orang lain... Nanti kita akan ada rasa busuk hati, dan kita akan mencari silap atau aib orang.
Selalulah beristigfar kerana ia membersihkan hati dan menambah rezeki...
Subscribe to:
Posts (Atom)