MY PRECIOUS FRIENDS

Friday, April 6, 2012

Semangat Setia Kawan

Semangat Setia kawan??? Apa maksudnye??? Korang mesti pernah dengar 3 perkataan tu...
Bagi aku semangat setia kawan bermaksud kita harus bantu membantu antara kawan kawan kita, ikhlas serta sanggup berkorban untuk mereka.

Tapi jangan salah gunakan maksud tiga perkataan diatas... kalau kita nak tolong kawan kawan jangan sampai merosakkan pulak... Tolong pada perkara kebaikan bukan pada kejahatan atau perkara yang tak sepatutnya di tolong... Senang cerita aku bagi contoh... kalau kita ada kawan yang selalu lambat datang opis, jangan dok sibuk tolong punchkan pulak... Sanggup tuh hari hari... Em... relevenkah bantuan kita saat itu sebagai seorang kawan??? Di mana integriti anda dan rakan anda sebagai pekerja? Tapi kalo kawan kita dalam kesusahan seperti pancit tayar kereta tengah highway, barulah betul betul bantuan kita wajib diperlukan...

Dan kalau kita ada kawan, jangan gunakan 3 perkataan di atas untuk meraih simpati mereka dan sekaligus menggunakan kawan kita untuk kepentingan diri sendiri... Berpijaklah di bumi nyata, jangan palitkan orang lain dengan masalah diri yang tak terurus. Contohnya begini oleh kerana kita sudah terbiasa datang opis lambat, maka kita gunakan 3 perkataan diatas untuk memujuk mana mana kawan yang sudi menolong kita mengetip kad perakam waktu kita (punch kad). Hendak tak hendak ada kawan kawan yang TERPAKSA melakukannya demi Semangat Setia Kawan tadi.

Korang pikir pikirkan lah apa aku tulis ni... jangan SALAHGUNA maksud semangat setia kawan...

Tuesday, November 1, 2011

Tahun Kekayaan....




Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu
1/1/11
1/11/11
11/1/11
11/11/11
serta bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita tahun ini, keputusannya ialah pasti 111 buat semua orang!!!!

Selain itu pada bulan Oktober terdapat 5 kali isnin, 5 kali sabtu, hal ini terjadi sekali setiap 823 tahun.

Tahun ini ialah TAHUN KEKAYAAN... jika kita berusaha keras, insyaAllah pasti ada hasilnya...

...info ini aku dapat dari sms seorang sahabat... Fikir fikirkan...




Tuesday, February 15, 2011

selamat menyambut hari maulidur rasul...

assalamualaikum..
Tanggal 15 feb 2011 iaitu bersamaan 12 Rabiulawal adalah hari kelahiran nabi Muhammad SAW. Hari ni aku dan kawan2 seopis pergi meramaikan majlis sambutan rasul do masjid jamek Sultan Ibrahim Muar. So tengah dengar ceramah ni sempat gak berblog. Nak dengar ceramah tapi tak berapa clear. Banyakkan selawat pun bagus. K la nanti sambung lagi..

Wednesday, December 22, 2010

sehari selembar benang... lama lama...


tajuk entry ni untuk ingatkan diri aku... sebelum melangkah alam tahun baru... mmm apa kata aku merajinkan diri mengisi kekosongan blog aku ni... mmm hari ni cuti , esok cuti... dan lusa pun cuti... macam cikgu sekolah lak kan... asyik cuti jer.. aku ngabiskan cuti tahunan... simpan pun bukan leh kaya... lagipun aku ada keje sikit nak wat kat umah... tapi sok aku kena gi opis sat... tetiba jer ada penilaian prestasi... mmm musykil2... tapi macam best gak... manalah tau kot kot nanti ada berita baik... hehehe...

~sehari selembar benang lama lama menjadik kain ;P

Wednesday, December 1, 2010

Bagus ker Asari Chan tue?


Pernah tengok siri cartoon Asarichan? dah lama aku perhatikan cartoon ni.. sejak kemunculan di kaca tv la... ianya cerita tentang kehidupan seorang budak iaitu Asari (pretty clumsy) yang agak lembab dan pemalas bersama ibunya yang garang dan tak berhati perut(tapi graduated from elite U), kakaknya (tatami ~pretty smart) yang suka membuli dan mengambil kesempatan (terhadap asarichan) dan ayahnya (executive of big co) yang cool...


aku sebenarnya kurang setuju jika anak2 kita menonton cerita ini kerana lawaknya dan bahasanya yang kasar... selain tu sikap dan perbuatan yang ditunjukkan boleh mengelirukan anak2 kita... pelik kenapa cerita ini tidak di tapis dulu kesesuaiannya sebelum dipertontonkan kepada umum terutama untuk anak2. Cerita ini lebih sesuai untuk golongan dewasa sebagai bahan lawak... tapi tidak sesuai untuk anak2 yang masih belum faham dan mengerti lawak kasar yang disajikan...

Kalo korang masih belum tengok lagi... silalah tengok astro channel 611 astro ceria.
Antara kata kata yang selalu digunakan oleh mak asarichan ialah BOD*H, Tak GUNA! Mak si asari ni langsung takde sikap keibuan... memanglah kartun... tapi kekadang kesian si asari, mak sendiri pun tak hiraukan anak... dalam cerita ni, si asari selalu kena marah dan maki hamun dengan mak dia... dah karekter si asari malas dan lembab sikit... tapi tak sepatutnya seorang ibu layan anak dia sekasar itu...

Sepatutnya setiap cerita cartoon tue mestilah mempunyai nilai nilai murni yang di terap untuk diserap oleh anak2 kita... Terdapat banyak cartoon yang bagus2 seperti doraemon, upin dan ipin, Oso, dan lain2 lain yang menerapkan unsur positif dalam jalan ceritanya... kalau ada yang kata cerita asarichan ni lawak dan kelakar, bagi aku tak langsung... sebabnya jika berlawak biarlah kena pada tempatnya... peka pada kesensitifan orang lain... Kalau tak, seperti kita ketawakan diri sendiri kerana diperbodoh bodohkan oleh orang lain...

Terpulanglah kat korang nilai baik buruknya kartun asari chan tu untuk anak2 korang... ini pendapat aku dari mata halus aku... fikir2kanlah yang terbaik untuk anak2 kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...