MY PRECIOUS FRIENDS

Friday, March 19, 2010

::Cabutan Bertuah Malia & Hubby MAC 2010::..


salam sejahtera semua...

setelah sekian lama tak mengaktifkan diri dalam dunia blogging ni... kini aku kembali...
perkara pertama ialah join the contest... ni contest paling simple... saper2 blogger pun boleh masuk..

cuma jadik follower malia, letakkan banner kat sidebar, buat entry dan tinggalkan komen di post komen malia... senang tak..

untuk maklumat lanjut silalah ke blog malia...

manalah tau... kot kot rezeki kita nak menangkan... ekekeke... ok all the best to me and all of u....

"ya allah berilah kemenangan kepada ku.... amin..." doa tau..

Wednesday, March 3, 2010

dunia semakin panas......

salam sejahtera semua...

macam biasa memang susah untuk aku menulis kerana kekurangan idea di masa yang sesuai... hihihi... takper aku cubalah menulis gak dikesempatan ni... tapi ianya berkenaan pemanasan global ataupun in english GLOBAL WARMING... mmm samalah tue...

adakah suhu matahari kita semakin panas?

maksud pemanasan global ialah berkaitan dengan peningkatan suhu dunia... suhu dunia meningkat sebanyak 2 darjah celcius berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu... dahulu perubahan iklim berlaku dalam tempoh 10,000 tahun, tapi kini ia berlaku selang 100 tahun sahaja iatu dalam tempoh 2 generasi sahaja. (mengikut sumber wikipedia) huhu takutnya dengar...

apa yang aku nak kongsikan di sini ialah, bagaimana semua ni boleh terjadi... apakah faktor faktornya... dan bagaimana kita nak memeperbaiki dan pulihkan dunia kita yang semakin sakit ni... kita sebagai pekerja, majikan, ibu atau bapa, anak, suami atau isteri, tak kiralah siapa, patut memainkan peranan penting... dah tak boleh harap sape2 lagi dah...

pertama sekali kita lihat sekeliling kita, apa barang yang kita guna, mana sampah kita buang...
maksudnya kalo nak buang sampah, asingkan dulu ikut jenis sampah, kertas, botol kaca, plastik, kain dan lain lain.. kumpulkan banyak2 dan hantar ke pusat kitar semula... kalo shopping bawa beg sendiri ataupun green bag yang ada dijual. kat umah tu tanam la pokok, kalo ada tanah lebih besar, usahakan dan jangan dibiar kosong... kat umah ajar anak, isteri atau suami supaya jimatkan elektrik, air ataupun menjaga kebersihan bersama... kurangkan merokok ataupun membuat pembakaran terbuka... sebab aktiviti ni boleh mencemarkan kauliti udara kita... bayangkan 1 juta merokok sekaligus, berapa banyak asap beracun yang dihasilkan? kalo 20 ke 30 juta orang yang merokok... apa akan jadi pada dunia dan kesihatan sejagat kita?

mmm kenapa aku kata recycle tu penting... sebabnya ia memang penting sangat dan bukan saja penting.... kalo kita rajin recycle, mesti dunia kita boleh selamat... contohnya barang yang kita recycle akan menjimatkan penggunaan sumber asli dunia... so tak payah asyik nak korek lombong bijih timah (tin aluminium) , tebang pokok sana sini (buat kertas) dan lain2.
selain tu... kalo kita bijak buang sampah... hanya yang betul2 sampah saja kita lupuskan, maka kuranglah space untuk landfill (tempat buang sampah)... bila landfill kita terjaga dengan baik dan spacenya pun tak ler satu dunia penuh sampah... maka kuranglah pencemaran tanah dan air...
bila tanah dan air kurang tercemar, maka kurang juga pencemaran yang lain lain.... maksudnya kalo air bersih, hidupan laut tak mati dan terumbu karang kita hidup dengan amannya... korang tau tak fungsi batu karang... ia penting dalam ekosistem kita dari segi biologi, kimia dan fiziknya..

pemanasan global disebabkan terlalu banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan... atau kata lain pelepasan gas rumah kaca (rumah hijau). ini termasuklah dari pembakaran gas dari kenderaan, asap kilang, letusan gunung berapi, pembakaran terbuka, asap rokok, asap dari masakan dan lain lain.

ha... semua nya berkait rapat satu sama lain... hari hari kita lalui hidup kita, perhatikan apa kita buat dan apa ada disekeliling kita... sama samalah kita berusaha menjaga alam sekitar milik bersama...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...